Skip to main content

Hiburan

Peroleh Keputusan 9A Dalam SPM, Linda Rafar Mahu Hadiahkan Kereta Buat Anak - "Sedih Dan Sebak..."

Linda Rafar

Anak kepada penyanyi, Linda Rafar iaitu Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman mencuri perhatian apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).. 

Sebagai seorang ibu, Linda akui sangat bangga melihat pencapaian yang diraih oleh anak lelakinya itu. 

“Sedih dan sebak. Pada masa yang sama saya rasa sangat bangga dengan dia,” katanya ringkas. 

Dalam pada itu, Linda turut mendedahkan bahawa dia telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya sempena kejayaan yang diperolehinya. 

“Dah janji nak bagi hadiah kereta… InsyaAllah,” tambahnya.

Sekadar info, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) terbaik sejak format baharu diperkenalkan pada 2021, dengan mencatatkan skor peningkatan kepada 4.42 mata.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Mohd Azam Ahmad berkata, GPK 2025 menunjukkan peningkatan berbanding 4.49 mata pada 2024, dengan skor lebih rendah menandakan pencapaian keseluruhan yang lebih baik.


 

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement