Skip to main content

Hiburan

Pernah Tolong Berniaga Waktu Sarat Mengandung, Siti Jamumall Rayu Henti Sebar Aib Mia Sara - "Budaknya Baik, Tak Kekwat Langsung”

fgggn

Sekilas

  • Siti Jamumall berkongsi doa dan kata semangat buat Mia Sara Nasuha yang sedang menghadapi kontroversi melalui video TikTok.
  • Siti memuji sifat rajin, berdikari, dan rendah diri Mia berdasarkan pengenalannya selama hampir lima tahun.
  • Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan aib dan berharap kedua-dua pihak dapat berdamai.

Usahawan terkenal, Siti Jamumall menitipkan doa dan kata-kata semangat buat aktres, Mia Sara Nasuha yang ketika ini diketahui sedang berdepan kontroversi.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Siti Jamumall memuat naik video memaparkan Mia Sara yang sedang melakukan siaran langsung bagi menjual barangan. 

Menurut Siti, dia berharap agar segala urusan Mia dipermudahkan dan aktres itu terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa.

“Semoga dipermudahkan segalanya Mia, akak harap kau terus kuat lalui ujian.

“Terima kasih sebab pernah tolong akak masa akak tak larat nak meniaga sebab dah sarat mengandung,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Siti turut menyifatkan Mia sebagai seorang yang rajin, berdikari dan tidak sombong, berdasarkan pengenalannya terhadap aktres itu sejak hampir lima tahun lalu.

“Mia budaknya baik. Hampir lima tahun Siti mengenali beliau dan dia seorang budak yang rajin dari kecil dan pandai cari rezeki.

“Tak kekwat langsung, itu apa yang saya kenal,” ujarnya.

Siti juga percaya Mia mampu melalui fasa sukar tersebut dengan tabah serta menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan aib pihak terlibat.

“Akak tahu kau kuat, kau boleh hadapi. Tolong jaga diri ya.

“Kita sebagai orang yang melihat, berhentilah sebar aib. Doakan semoga ada jalan berbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya lagi.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement