Skip to main content

Indonesia

Pernah Rapat Dengan Aisar Khaled, Jennifer Coppen Selamat Kahwin Pemain Bola Sepak Mualaf

Astro Gempak jen Coppen

Sekilas

  • Jennifer Coppen Indonesia, janda satu anak, selamat berkahwin dengan pemain bola sepak Justin Hubner pada 12 Jun 2026 di Bali.
  • Justin Hubner memeluk Islam sebelum perkahwinan mereka dan melamar Jennifer pada 24 Disember 2025 di Belanda.
  • Jennifer kehilangan suami terdahulu, Dali Wassink, yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal pada 18 Jun 2024.

Pelakon dan penyanyi  Jennifer Coppen Indonesia yang sebelum ini pernah dikaitkan rapat dengan pempengaruh Malaysia, Aiser Khaled selepas kematian suami, kini selamat berkahwin dengan seorang pemain bola sepak.

Jennifer yang merupakan janda satu anak selamat menikah dengan Justin Hubner pada 12 Jun 2026 di Bali, lapor Kompas. Perkahwinan mereka mendapat restu peminat.

Hubner diketahui melamar Jennifer pada 24 Disember tahun lalu di hadapan anaknya di Belanda. Mereka kemudian melakukan sesi pemotretan sebelum kahwin di Paris.

Hubungan asmara mereka terjalin selepas Hubner meninggalkan komen sewaktu wanita yang juga seorang pempengaruh itu melakukan siaran langsung di Instagram.

Menerusi kejadian itu, Hubner dan Jennifer terus dijodohkan oleh netizen sebelum hubungan mereka benar-benar menjadi nyata sejak Jun 2025.

Pemain naturalisasi pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia itu diketahui memeluk Islam sebelum menikah dengan Jennifer. Dia berkongsi mengenai dirinya kini seorang Muslim menerusi hantaran di Instagram pada 11 Jun dengan menulis: Membersihkan jiwa, menghormati tradisi dan memulai babak baru.”

Jennifer sendiri kehilangan suaminya, Dali Wassink selepas lelaki itu meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada 18 Jun 2024 pada usia 22 tahun. Pasangan itu sebelumnya berkahwin pada 10 Oktober 2023 dan dikurniai seorang anak perempuan yang diberi nama Kamari.

Sewaktu menjalin hubungan rapat dengan Aiser, Jennifer pernah melahirkan hasrat mahu pempengaruh itu menjaga Kamari jika dia meninggal dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement