Skip to main content

Hiburan

Pernah Diuji Pelbagai Penyakit, Zara Zya Ingatkan Orang Ramai Peka Isyarat Badan - “Hidung Kerap Berdarah..Tolong”

hnijh

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan isyarat tubuh badan yang boleh menunjukkan masalah kesihatan.
  • Beliau berkongsi pengalamannya sendiri yang pernah disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu selepas menjalani pemeriksaan susulan sakit pinggang.
  • Zara juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst dan fibroid serta menghadapi komplikasi jangkitan kuman selepas pembedahan tersebut.

Pelakon Zara Zya tampil mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan isyarat yang diberikan oleh tubuh badan susulan pengalaman kesihatan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berkata tubuh badan lazimnya akan memberi petanda awal apabila seseorang berdepan masalah kesihatan, namun sering kali diabaikan.

“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah, denyutan yang berulang… Tolong, jangan abaikan isyarat tubuh kita,” tulisnya.

vdfb

Menurut pelakon drama popular Love You Mr Arrogant itu, pengalaman yang dilaluinya menjadi pengajaran besar dan peringatan kepada semua agar lebih peka terhadap perubahan pada tubuh serta mendapatkan rawatan awal.

Zara sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap satu, yang dikesan ketika dirinya menjalani pemeriksaan susulan akibat masalah sakit pinggang.

Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, Zara menjalani pembedahan membuang cyst dan fibroid selain berdepan masalah sakit tulang belakang atau sindrom lumbar facet.

Bagaimanapun, pelakon itu sekali lagi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Julai tahun sama akibat jangkitan kuman di bahagian kesan pembedahan.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Must-Watch Video

Advertisement