Skip to main content

Hiburan

Pernah Dilabel ‘Pelajar Lemah’, Anak Sharifah Zarina Buktikan Kejayaan Raih 8A 1B+ - “Kekuatan Solat Tahajud…”

ASTROGEMPAK Anak SharifahZarina

Sekilas

  • Ariana Deena, anak kedua Sharifah Zarina, berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A 1B+ dalam peperiksaan SPM.
  • Ariana berkongsi bahawa amalan solat tahajud dan usaha gigih menjadi kunci kejayaannya walaupun pernah diperlekeh oleh guru.
  • Sharifah Zarina mendedahkan keputusan memindahkan Ariana ke sekolah baru membantu memulihkan semangatnya dan membawa perubahan positif.

Penyanyi Sharifah Zarinatidak ketinggalan berkongsi rasa syukur atas kejayaan anak keduanya, Ariana Deena, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A 1B+ dalam peperiksaan SPM.

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Ariana atau mesra disapa Adeena mendedahkan amalan solat tahajud menjadi antara kekuatan utama yang membantunya mencapai kejayaan tersebut.

 

“Kekuatan solat tahajud. Alhamdulillah. Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Lapan bintang emas ini adalah hadiah kecil buat ibu bapa, guru-guru dan sahabat yang sentiasa setia di sisi sepanjang perjalanan ini.

 

“Pernah suatu ketika dahulu, seorang guru melabel saya sebagai pelajar lemah. Katanya, saya hanya tahu bergaya di Instagram, menyanyi di pentas dan hanyut dalam dunia influencer. Hari ini, semoga dia melihat yang saya telah membuktikan sebaliknya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Adeena turut menitipkan kata-kata semangat buat dirinya sendiri agar terus melangkah lebih jauh selepas ini.

 

“Buat diri sendiri, teruskan melangkah. Terbang tinggi walau tanah di kaki, akanku cari langit. Ini baru permulaan. Masih banyak yang menanti di hadapan, dan saya yakin saya mampu melangkah lebih jauh,” titipnya.

 

Sementara itu, Sharifah Zarina mendedahkan anaknya itu pernah melalui detik sukar apabila diperlekehkan oleh beberapa guru sehingga hilang semangat untuk ke sekolah.

 

Menurut penyanyi lagu Langit Ketujuh itu, keputusan memindahkan Adeena ke sekolah baharu dalam tempoh singkat ternyata menjadi titik perubahan terbaik buat anaknya.

 

“Alhamdulillah, syukran laka Rabbi. Tahniah anak @arianabuswani 8A’s 1B+. Dia menangis teresak-esak, bukan hanya kerana kejayaan yang diraih, tetapi kerana luka yang dipendam sekian lama.

 

“Selama ini, dia pernah diperlekeh dan menerima kata-kata yang menyakitkan daripada beberapa orang guru hanya kerana dia aktif dalam aktiviti sekolah. Keadaan menjadi semakin teruk sehingga dia hilang semangat untuk ke sekolah.

 

“Bayangkan perasaan seorang anak yang sepatutnya berasa selamat di tempat menuntut ilmu, tetapi sebaliknya terluka.

 

“Tanpa berlengah, keputusan dibuat. Dalam tempoh kurang tiga hari, saya pindahkan dia ke sekolah baharu. Ternyata, itu adalah keputusan yang paling tepat.

 

“Hari ini, air mata itu bukan lagi kerana kesedihan, tetapi tanda kekuatan, ketabahan dan kemenangan yang akhirnya berpihak kepadanya,” kongsinya.

 

Sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama suami, Buswani Abdillah, Sharifah Zarina dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Athalia Deena, Ariana Deena dan Alfenriz Habeeb.

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must Watch Video

Advertisement