Sekilas
- Pelakon Ozlynn Wati berkongsi pengalaman sukar dan sedih pada awal perkahwinannya dengan Johan Raja Lawak, termasuk pernah dihalau dan dibaling makanan.
- Ozlynn dan Johan berjaya menghadapi setiap ujian bersama sebagai suami isteri dan kini lebih tenang menguruskan karenah anak-anak mereka.
- Mereka mendirikan rumah tangga sejak 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Pelakon Ozlynn Wati mendedahkan pernah melalui detik sukar dan menyedihkan pada fasa awal perkahwinannya bersama suami, Johan Raja Lawak.
Ozlynn berkongsi perkara tersebut selepas menjawab pertanyaan seorang individu dalam media sosial mengenai cabaran terbesar yang pernah dihadapi sepanjang melayari alam rumah tangga.
“Ujiannya dapat pada awal perkahwinan, sadis dan sedih.
“Pernah dihalau, dibaling makanan. Tak mahu dah kenang lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama sebagai suami isteri.
“Yang penting sepanjang ujian kami suami isteri hadap sama-sama.
“Sekarang menikmati ujian dengan tenang dan sabar dengan karenah anak-anak yang semakin besar,” ujarnya.
Untuk rekod, Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan kini dikurniakan lima cahaya mata.
Sumber: Threads