Skip to main content

Selebriti

“Alhamdulillah, Ok Lock” - Afiq Muiz Didakwa Sudah Bertunang, Rahsiakan Identiti Pasangan

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Afiq Muiz dikatakan sudah bertunang dengan wanita pilihan hatinya, seperti yang dikongsi di Instagram.
  • Mereka tampil sedondon dengan busana hijau pekat, namun wajah bakal isteri Afiq tidak didedahkan kerana ditutup dengan sejambak bunga.
  • Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut, sementara Afiq belum memberi pengesahan rasmi.

Pelakon Afiq Muiz mencuri perhatian ramai selepas dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Afiq memuat naik  foto bersama bakal isterinya yang tampil sedondon mengenakan busana berwarna hijau pekat.

Bagaimanapun, wajah wanita tersebut tidak didedahkan apabila dia dilihat menutup mukanya menggunakan sejambak bunga tangan.

“Alhamdulillah, ok lock,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

“Alhamdulillah, tahniah abang Afiq.

“Alhamdulillah, syukur. Tahniah

“Tahniah bang, semoga sampai ke syurga,” komen netizen.

Bagaimanapun,  Gempak cuba menghubungi Afiq untuk mendapatkan pengesahan lanjut, namun masih belum menerima sebarang maklum balas sehingga artikel ini ditulis.

Sekadar info, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita, Pachara Apin pada tahun 2019 namun berpisah pada tahun 2023.


Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement