Sekilas
- Siti Khadijah Halim sudah serik dengan hubungan cinta yang terlalu berkira dan tidak mahu lagi hubungan ‘50-50’ dalam soal tanggungjawab.
- Dia menegaskan pentingnya pasangan yang bertanggungjawab dalam perkara kecil dan tidak mahu membina lelaki dari kosong sebelum akhirnya ditinggalkan.
- Siti Khadijah mahu mencari pasangan yang serasi dan memahami dirinya tanpa perlu mengubah seseorang demi kehendak sendiri.
Pelakon Siti Khadijah Halim mengakui dirinya sudah serik dengan hubungan cinta yang terlalu berkira sehingga segala perkara perlu dibahagikan secara ‘50-50’.
Menerusi podcast Sembang Seram bersama hos Safwan Nazri, Siti Khadijah berkata pengalaman lalu membuatkan dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
@sembangseram Ada yang pernah senasib ke, dapat pasangan macam ni? 😥 #sitikhadijahhalim #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound - sembangseram
“Bila bercinta pun selesa, bila dah kahwin akan lagi selesa dan dia akan lupa tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki.
“Ya, sebab aku pernah lalui itu semua. Aku dah pernah ‘50-50’ dah, aku tak nak ‘50-50’,” katanya.
Menurut pelakon drama From Saga With Love itu, dia pernah melalui situasi teman lelaki terlalu berkira termasuk ketika keluar berjanji temu.
“Contohnya macam tengok wayang, beli air. Air satu cawan pun ‘50-50’. Sumpahlah, air pun ‘50-50’.
“Daripada ‘50-50’ baik aku beli sendiri.
“Sebab kadangkala bila perempuan, kita jaga lelaki itu, kita besarkan dia, kita ‘handsome’-kan dia, kita ikut apa dia nak, hujung-hujung kita kena tinggal juga,” ujarnya.
Dalam masa sama, Siti Khadijah turut mengakui dia sudah penat membantu lelaki membina kehidupan dari kosong sebelum akhirnya ditinggalkan.
“Kadangkala perempuan ni kita bersama dengan lelaki daripada lelaki itu ‘nothing’ sampai dia jadi ‘something’, lepas itu dia tinggalkan kau.
“Jadi aku dah tak nak tolong ‘build up’ lelaki dah. Kalau boleh cari lelaki yang dah stabil,” katanya.
Pelakon berusia 28 tahun itu bagaimanapun menegaskan dia bukan seorang wanita yang terlalu berkira, namun mengharapkan pasangan yang memahami tanggungjawab asas sebagai seorang lelaki.
“Contoh kalau tengok wayang, popcorn kau beli, tengok wayang dia beli tiket. Macam itu.
“Aku bukannya jenis yang kejam sangat, tapi kalau itu tahap dia nak pergi dating, dia boleh cari orang yang macam itulah. Itu macam budak sekolah punya stail,” katanya lagi.
Bercakap mengenai ciri lelaki idamannya, Siti Khadijah berkata dia mengutamakan lelaki yang bertanggungjawab dalam perkara kecil sekali pun.
“Sekecil-kecil kau cuci pinggan yang kau dah makan, itu pun tanggungjawab.
“Angkat tuala lepas kau mandi, tanggungjawab kau sendiri. Kalau itu pun kau tak boleh buat, kau tak sedia nak berumah tangga pada aku lah,” katanya.
Tambahnya, dia kini mahu mencari pasangan yang benar-benar serasi dengannya dan bukan sekadar cuba mengubah seseorang demi memenuhi kehendak sendiri.
“Aku nak cari orang yang sama macam aku. Kalau aku tak jumpa orang itu, aku rasa susah.
“Sebab bila kau bercinta dengan orang yang 100 peratus lain dengan kau, kau akan buang masa dan buang masa dia untuk ubah diri dia ikut apa yang kau nak.
“Sedangkan dia adalah ‘puzzle’ orang lain. Aku nak cari ‘puzzle’ aku untuk lengkapkan ‘puzzle’ aku,” ujarnya.
Sumber: TikTok