Skip to main content

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Pertama Tanpa Along Eyzendy, Isteri Titip Coretan Rindu - “Daddy Pergi Membawa Separuh Jiwa Mummy…”

Astro Gempak 511

Sekilas

  • Hamidah Mohd Yatim, balu pelakon Allahyarham Along Eyzendy, berkongsi rasa rindu dan kenangan manis bersama arwah suaminya sempena ulang tahun kelahirannya.
  • Walaupun sambutan tahun ini diraikan bersama anak-anak, Hamidah masih merasakan kehilangan yang mendalam kerana arwah suami sering menganggap bulan Mei sebagai ‘bulan mummy’.
  • Along meninggal dunia pada Februari lalu selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang menerima sumbangan daripada Hamidah sendiri pada 2021.

Balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya menerusi satu coretan sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Hamidah, 47, bersyukur masih dikurniakan kesihatan baik selain dikelilingi anak-anak yang sentiasa menyayanginya.

 

 “Terima kasih untuk semua yang wish birthday. Bertambah sudah usia saya tahun ini, alhamdulillah.

“Allah kurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang penyayang,” tulisnya.

Menurut Hamidah, sambutan ulang tahun kelahirannya tahun ini terasa berbeza kerana sebelum ini bulan Mei sering diraikan bersama arwah suami yang menganggap bulan tersebut sebagai ‘bulan mummy’.

“Tahun-tahun sebelum ini bulan lima akan dirai sebab kesayangan saya selalu kata bulan lima adalah bulan mummy sebab ada Hari Ibu, anniversary dan hari jadi.

“Tapi sambutan tahun ini diraikan oleh anak-anak. Terima kasih anak-anak menyantuni hari jadi mummy, sungguh mummy terharu,” katanya.

Dalam masa sama, Hamidah mengakui kehilangan Along meninggalkan terlalu banyak kenangan indah selain masih ada janji bersama yang perlu diteruskannya seorang diri.

“Kehilangan daddy meninggalkan terlalu banyak kenangan indah yang sangat bermakna.

“Masih lagi banyak janji kita buat bersama yang kini hanya mummy yang akan laksanakan. Mummy cuba sehabis baik mummy ya daddy,” luahnya.

Paling menyentuh hati, Hamidah mengakui pemergian arwah seolah-olah membawa separuh jiwanya pergi.

“Daddy pergi membawa separuh jiwa mummy. Rindu pada daddy belum pernah surut.

“Dikala rindu lalu hanya air mata dan doa jadi peneman. Hilang sudah partner of crime mummy, teman makan mummy,” katanya lagi.

Hamidah turut menitipkan doa agar suatu hari nanti mereka sekeluarga dapat kembali bersama di syurga.

“Semoga doa-doa kami sampai pada daddy. Daddy tenang di sana ya.

“Kami akan persiapkan diri untuk kita berkumpul semula di syurga. Al-Fatihah,” ujarnya.

Along menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada Februari lalu selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah (HSIS).

Pada 2019, arwah disahkan mengalami kerosakan buah pinggang dan menjalani pembedahan pemindahan organ pada April 2021 selepas menerima sumbangan buah pinggang daripada Hamidah sendiri.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Must Watch Video

Advertisement