Sekilas
- Seorang individu berkongsi pengalaman bekerja dengan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang menunjukkan sikap pemurah mereka.
- Bella turut menyumbang ke akaun Muar untuk kebajikan rakyat tanpa pengetahuan umum.
- Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan mendoakan agar Bella terus kuat menghadapi ujian.
Seorang individu tampil berkongsi pengalaman pernah bekerja bersama penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Menerusi perkongsian di platform Threads, individu tersebut mendedahkan sisi pemurah pasangan berkenaan.
Individu itu mendakwa, selain Saddiq, Bella juga turut menyalurkan sumbangan ke akaun Muar bagi tujuan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Namun apa yang menyentuh hati adalah, Bella melakukan perkara itu tanpa pengetahuan ramai.
“Pernah kerja dengan @bellaastillah dan YB @syedsaddiq. Masa dapat payment tu, part YB memang 100% masuk ke akaun Muar untuk rakyat Muar.
“And korang tahu tak Bella pun ada bagi sumbangan juga,sumbang sikit portion dia ke akaun Muar tanpa YB tahu pun,” kongsinya.

Dalam masa sama, individu berkenaan turut menitipkan doa agar Bella terus kuat menghadapi apa jua ujian mendatang.
“Akak doakan apa pun ujian yang datang Bella terus kuat ya. Moga Allah lindungi Bella dan keluarga,” coretnya.
Perkongsian itu ternyata mengundang perhatian ramai yang tersentuh dengan keikhlasan Bella.
Sumber: Threads @aca_hamzah