Skip to main content

Hiburan

Ucapan Istimewa Fizz Fairuz Sempena Anniversary Dengan Almy Nadia, Pasang Impian Tunai Haji - “Terima Kasih 12 Tahun Bertahan Dengan Papa”

Fizz Fairuz

Sekilas

  • Datuk Fizz Fairuz berkongsi ucapan manis buat isteri, Datin Almy Nadia, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 di Threads.
  • Fizz menghargai pengorbanan Almy dalam menjaga keluarga dan membesarkan lima anak perempuan serta seorang anak angkat mereka.
  • Pelakon itu turut mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah dan berhasrat membawa isteri menunaikan ibadah haji bersama.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menyentuh hati ramai apabila menitipkan ucapan kasih sayang buat isterinya, Datin Almy Nadia bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Menerusi satu ciapan di Threads, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin meluahkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina bersama Almy berkekalan meskipun mereka berdepan pelbagai cabaran sepanjang bersama.

Menurut Fizz, Almy merupakan seorang wanita yang banyak berkorban dalam menguruskan keluarga terutama sekali dalam membesarkan anak-anak.

“Happy anniversary dan selamat ulang tahun sayangku, Almy Nadia. Terima kasih 12 tahun bertahan dengan perangai papa, jaga dan besarkan anak.

“Terima kasih dah jadi ibu yang terbaik untuk keluara kita walaupun selalu ‘pau’ papa hahah,” luahnya.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon filem Mat Tudung ini turut mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah selain memasang impian untuk membawa isteri tercintanya itu untuk menunaikan ibadah haji bersama.

“Semoga berkekalan hingga ke jannah ya sayang. Hadiah papa ialah nak bawak mama pergi buat haji tau,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar perkahwinan Fizz dan Almy berkekalan hingga ke Jannah.

Untuk rekod, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Mereka dikurniakan lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan Nur Afrina Alisya.

Pasangan tersebut juga turut mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

naelofar Dalila Sejadah

naelofar Dalila Sejadah

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

DHERBS SET JIMAT AURA SERI COMBO 2

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Must Watch Video

Advertisement