Skip to main content

Hiburan

Perkongsian Foto Botol Jus Delima Amira Othman Undang Perhatian, Rupanya Fattah Amin Suruh Minum Hari-Hari Sebab… - “Untuk Naikkan…”

bbdb

Sekilas

  • Amira Othman berkongsi foto sebotol jus delima yang menarik perhatian netizen dan dikaitkan dengan tanda awal kehamilan.
  • Suaminya, Fattah Amin, meminta Amira minum jus tersebut untuk menaikkan tekanan darah selepas Amira mengalami bronkitis dan dimasukkan ke wad.
  • Amira belum mengesahkan kehamilan dan memohon doa agar dirinya terus sihat serta menerima rezeki jika dikurniakan zuriat.

Perkongsian foto sepanjang bulan November yang dimuat naik penyanyi dan pelakon, Amira Othman, berjaya mencuri perhatian ramai. 

Menerusi hantaran tersebut, Amira menulis kapsyen ringkas memulakan bulan baharu dengan doa agar dirinya terus sihat.

“Thankyou November, Bismillah December. Semoga Nadia Amira sihat selalu. Tak nak masuk hospital dah,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah foto sebotol jus delima. 

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna yang tertarik dengan jus delima yang dipaparkan sebelum Amira mendedahkan ia adalah permintaan suaminya, Fattah Amin.

fvddfd

“Sedapnya jus delima,” komen seorang pengguna.

“Fattah suruh minum naikkan blood pressure,” balas Amira.

Namun begitu, komen tersebut membuatkan segelintir netizen mula berteka-teki dan mengaitkan jus delima dengan tanda-tanda awal kehamilan.

“Haaaaaa kalau dah suruh naik BP tu faham-faham jelah eh… Tak sabar kalau betul ada berita gembira dari Amira!” ujar seorang netizen.

“Kalau dah minum jus delima ni mesti ada isi kot,” tambah yang lain.

Sebelum ini Fattah Amin pernah menepis khabar angin mengenai status kehamilan isterinya. 

Kata Fattah, keadaan kesihatan Amira kurang baik dan menyebabkan dia ditahan di wad akibat bronkitis untuk kali kedua.

Tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut, Amira turut memaklumkan keadaannya kini semakin pulih dan hanya meminta doa yang baik-baik daripada semua pihak.

Isteri kepada pelakon popular itu sebelum ini menyatakan dirinya masih belum mengesahkan apa-apa mengenai soal kehamilan, namun tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat.

Must-Watch Video

Advertisement