Skip to main content

Hiburan

“Perempuan Yang Tak Suka Ke Dapur Bukan Sebab Pemalas, Dia Cuma…” - Fazley Yaakob

dfdrdf

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangan bahawa wanita yang tidak suka memasak bukan bermakna mereka pemalas, sebaliknya lebih suka dilayan seperti puteri.
  • Fazley menegaskan lelaki yang memilih pasangan sebegini perlu memastikan wanita tersebut tetap menjaga penampilan diri.
  • Beliau menambah secara berseloroh bahawa wanita boleh malas ke dapur tetapi jangan sampai penampilan dan bau badan terabai.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai wanita yang tidak gemar ke dapur.

Menurut Fazley, wanita yang enggan memasak bukan semestinya bersikap pemalas, sebaliknya ada yang lebih selesa dilayan seperti seorang puteri dalam perhubungan.

“Perempuan yang tak suka ke dapur bukan sebab dia pemalas, dia cuma lebih suka dilayan bak puteri,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fazley menegaskan bahawa lelaki yang memilih untuk menjalin hubungan dengan wanita sedemikian perlu memastikan pasangan mereka tetap menjaga penampilan diri dan tidak mengabaikan aspek tersebut.

“Jadi lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan macam ni, kena pastikan dia hanya malas ke dapur tapi rajin jaga penampilan diri okay? 

“Tak bolehlah malas ke dapur tapi rupa tetap macam kertas bungkus nasi lemak dan bau macam pekasam goreng kunyit,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement