Skip to main content

Selebriti

Percutian Dengan Dewi Legit! Jofliam Komen - “Dulu Pernah Cakap, Haters Ni Lama-Lama Boleh Gila Tengok Saya”

Jofliam, Dewi bercuti

Sekilas

  • Jofliam tampil menjelaskan dakwaan kononnya video percutiannya bersama isteri adalah lama dan terdapat suara ‘Yuki’ dalam rakaman tersebut adalah tidak benar.
  • Jofliam berkongsi lokasi dan tarikh percutian sebagai bukti untuk menangkis spekulasi serta menegaskan hatersnya sudah ‘gila’ kerana terus mempersoalkan kebahagiaannya.
  • Jofliam mendoakan agar mereka yang membenci dan mengkritiknya diberikan ketenangan hati dan kebahagiaan, sambil berharap keluarga semua sentiasa dilindungi dan bahagia.

Pempengaruh dan usahawan pizza Wagyu, Jofliam tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan segelintir netizen yang mempersoalkan percutiannya di luar negara bersama isteri iaitu Dewi.

Menerusi hantaran di Insta Stories, Jofliam berkongsi tangkap layar soalan daripada seorang pengikut yang meminta dirinya menjelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan salah faham yang tular di media sosial.

Antara pertanyaan yang diajukan ialah berhubung dakwaan bahawa video yang dimuat naik Jofliam merupakan video lama serta spekulasi kononnya terdapat suara ‘Yuki’ dalam salah satu rakaman tersebut.

Menjawab perkara itu, Jofliam menegaskan bahawa semua spekulasi tersebut tidak benar selain merasakan dirinya perlu menjawab dakwaan yang tidak berasas.

“Dulu dulu saya pernah cakap, haters saya ini lama-lama boleh gila tengok saya. Apa yang diorang predict semua tak jadi.

“Diorang create dan diorang nak percaya sendiri. Sekarang ni saya boleh cakap golongan ini dah official gila.

“Saya doakan diorang semua ni diberikan ketenangan hati. Ya Allah berikan lah mereka kebahagiaan supaya meraka tidak lagi sakit hati melihat kebahagiaan orang lain,” jelasnya.

Dalam satu hantaran lain, Jofliam turut berkongsi lokasi dan tarikh percutiannya sebagai bukti untuk mengelakkan salah faham.

“Serius saya rasa macam kenapa lah saya kena jelaskan. Tapi mungkin penjelasan saya ini dah buka mata semua yang orang menentang saya ni memang ada masalah mental.

“Ramai ramai kita doakan mereka ini pulih dari sakit masing-masing. Million views, benci tapi obses.

“Semoga keluarga kita semua sentiasa dilindungi dan bahagia hingga akhirnya,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan Jofliam dan Dewi menjadi tular di media sosial ketika bercuti di luar negara.

Antara dakwaan yang menjadi perbualan hangat adalah Jofliam didakwa masih belum move on dengan bekas isterinya, Cik Epal.

Manakala Dewi pula dikatakan semakin galak meniru style Cik Epal.

Must-Watch Video

Advertisement