Skip to main content

Hiburan

Penyanyi D4vd Ditahan, Suspek Pembunuhan Gadis Dalam Tesla

Astrogempak D4vd (1)

Sekilas

  • Penyanyi D4vd, nama sebenar David Anthony Burke, ditahan polis Los Angeles atas tuduhan pembunuhan seorang gadis berusia 15 tahun yang mayatnya ditemui dalam bonet Tesla miliknya.
  • Kes ini bermula selepas mayat Celesta Rivas ditemui dalam kereta Tesla yang ditunda di Hollywood Hills, selepas dia dilaporkan hilang sejak April 2024.
  • D4vd kini ditahan tanpa jaminan dan kesnya akan dibawa ke mahkamah minggu depan, dengan wakilnya berkata dia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Penyanyi D4vd ditahan pihak Polis Los Angeles (LAPD) selepas dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang gadis yang mayatnya ditemui dalam bonet depan kenderaan jenis Tesla miliknya sekitar September tahun lalu.

D4vd atau nama sebenarnya, David Anthony Burke ditahan tanpa jaminan dengan kesnya akan dibawa ke mahkamah minggu depan, lapor BBC.

Sejak kes terrsebut terbongkar, penyanyi berusia 21 tahun itu lebih banyak berdiam diri dengan wakilnya mendakwa D4vd memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa.

Sekitar September tahun lalu, kisah Celesta Rivas ditemui mati dalam kereta Tesla mencuri tumpuan kerana dia juga merupakan gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak April 2024.

Kes tersebut terus mendapat liputan media massa kerana mayatnya ditemui dalam kereta Tesla yang ditunda di kawasan Hollywood Hills selepas menerima aduan bau busuk.

Mayat remaja itu dilaporkan cuba dihapuskan dan didakwa sudah meninggal dunia di tempat lain sebelum disumbat dalam bonet kereta tersebut.

Hasil siasatan yang dijalankan, Tesla tersebut didaftarkan atas nama D4vd yang pada waktu sama sedang menjalani konsert jelajah.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement