Skip to main content

Selebriti

Penuh Bergaya Siap Berkaca Mata, Uyaina Arshad Umum Selamat Bersalin Anak Ketiga - “King Number 3 Has Arrived”

Uyaina bersalin

Sekilas

  • Pelakon Uyaina Arshad telah selamat melahirkan anak ketiganya dan berkongsi berita gembira itu di Instagram.
  • Dalam hantaran tersebut, Uyaina memuat naik foto memeluk bayinya sambil memakai kaca mata dan menulis "King number three has arrived."
  • Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran, berkahwin pada 21 Disember 2021 dan kini mempunyai tiga cahaya mata lelaki.

Pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.

Berita gembira itu diumumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto Uyaina sedang memeluk anaknya dengan penuh bergaya sambil memakai kaca mata.

“A new heir to the throne. King number three has arrived,” coretnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah kepada Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran.

Sekadar rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raha Urhan dan Raja Urayyan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement