Skip to main content

Filem

Penonton Puji Qifarah, Berjaya Buat Rasa Seram! - “Naik Bulu Roma, Terbaiklah Pengarah”

Penonton Puji Qifarah, Berjaya Buat Rasa Seram

Filem Qifarah yang merupakan arahan Ghaz Abu Bakar ini sudah pun menemui penonton baru-baru ini.

Rata-rata penonton memberikan ulasan positif dan mengatakan Qifarah berjaya membuatkan mereka berasa terpegun melihat keseluruhan hasil karya berkenaan.

Advertisement

Menerusi komen-komen di media sosial, hasil kerja Qifarah terutamanya visual sinematografi yang dipertontonkan adalah bertaraf antarabangsa.

Selain jalan cerita dan kualiti visual, pelakon yang membintangi filem seram ini juga turut mendapat pujian ramai.

Dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Namron, Esma Daniel, Vanida Imran, Rita Nadira dan Rafique Iskandar, Qifarah menjanjikan penceritaan penuh misteri, suspens, serta bayangan ghaib yang akan terus mengikat jiwa penonton hingga ke detik terakhir.

Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.

Sekaligus membuktikan keterbukaan Astro Shaw dalam dunia perfileman tempatan dengan menjalin kerjasama bersama pelbagai penerbit.

Jangan lupa saksikan Qifarah yang kini berada di pawagam seluruh negara.

 

Sinopsis:

Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang perantau yang telah lama menetap di Kaherah bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira), serta anak mereka, Mikhail (Rafique Iskandar). 

Namun, apabila menerima perkhabaran tentang bapanya yang sedang nazak, Yusoff kembali ke tanah air selepas 30 tahun dengan niat membantu ayahnya bertaubat daripada amalan ilmu hitam, sambil merungkai kejadian mistik yang terus membelenggunya.

Di sebalik kepulangan itu tersembunyi pertemuan semula Yusoff dengan keluarganya yang penuh rahsia kelam. 

Yusoff berdepan ibu tirinya, Mawar (Sharifah Sakinah), yang langsung tidak dimamah usia, dan adiknya, Eykha (Liyana Jasmay), yang jiwanya kekal seperti anak kecil.

Kehadiran Marissa dan Mikhail secara tiba-tiba di rumah pusaka keluarga Yusoff mengeruhkan keadaan. 

Pelbagai kejadian aneh menyambut mereka, menjadikan setiap langkah sarat dengan ketegangan. 

Apa yang menanti di hadapan? Adakah nyawa dan nasib mereka kini terancam?

Must-Watch Video

Advertisement