Skip to main content

Hiburan

Pengarah Malaikat Malam Jelaskan Perkataan ‘Malaikat’ Hanya Metafora, Mohon Maaf Jika Goreskan Hati Mana-Mana Pihak - “Terima Kasih Atas Teguran Yang Diberikan”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Pengarah Nazifdin Nasrudin jelaskan penggunaan perkataan 'malaikat' dalam tajuk filem Malaikat Malam hanyalah metafora tanpa konteks keagamaan literal.
  • Beliau memohon maaf jika tajuk filem itu mengguriskan hati mana-mana pihak dan berharap penonton faham maksud sebenar selepas menonton filem.
  • Filem Malaikat Malam akan ditayangkan di pawagam terpilih mulai 26 Mac dengan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol.

Pengarah filem Malaikat Malam, Nazifdin Nasrudin tampil menjelaskan mengenai penggunaan perkataan ‘malaikat’ dalam tajuk filem arahannya itu yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi.

Menurut Nazifdin, penggunaan perkataan tersebut hanyalah sebagai metafora dan tidak mempunyai sebarang konteks keagamaan secara literal.

Walau bagaimanapun, anak muda berusia 27 tahun ini memohon maaf sekiranya ada mengguriskan hati mana-mana pihak.

“Pertama sekali, saya minta maaf kalau penggunaan mengguriskan hati mana-mana pihak. Sejujurnya penggunaan perkata ‘malaikat’ bagi tajuk filem ini tak ada konteks keagamaan secara literal.

“Ia hanya merujuk kepada satu objek dan kalau nak faham kena tonton filem ini.

“Perkataan itu sebenarnya hanyalah metafora mengenai dua karakter dalam filem ini yang seakan memberikan cahaya dan harapan satu sama lain,” katanya kepada Gempak.

Nazifdin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Berbuka Filem Malaikat Malam yang diadakan di Kingston Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Nazifdin yang mesra disapa Bujoq menzahirkan ucapan terima kasih atas teguran yang diberikan dan berharap agar filem pertama arahannya ini akan diterima orang ramai.

“Kami juga berterima kasih atas segala pandangan yang diberikan mengenai tajuk filem ini. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak membuatkan kami lebih berjaga-jaga dan dari situ juga kita boleh sama-sama belajar.

“Saya juga tak salahkan teguran itu sebab mereka belum tonton lagi filem ini,” katanya lagi.

Bercakap mengenai reaksi positif diberikan orang ramai terhadap teaser trailer dan poster, Nazifdin mengakui berasa sedikit tertekan namun dalam masa yang sama teruja dengan penerimaan warganet.

“Satu beban dan tekanan sampaikan saya macam tak boleh tidur malam bila mendapat sambutan yang luar biasa daripada warganet. Ramai yang kata dah tak sabar nak tengok filem ini selepas melihat teaser poster dan trailer.

“Jadi bila filem ini ditayangkan saya harap agar penonton dapat menerima naskhah ini,” ujarnya.

Sekadar info, filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement