Skip to main content

Hiburan

Pengarah Adaptasi Kisah Abang Kandung Dalam Filem Pendek Raya Astro, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramlie Pertama Kali Satu Frame!

Astro Gempak 253

Sekilas

  • Filem pendek Raya 'Bila Bersama, Lagi Jadi' diadaptasi daripada kisah benar abang pengarah Hyrul Anuar, menampilkan tema kekeluargaan dan tradisi Aidilfitri.
  • Pelakon utama Adlin Aman Ramlie dan Faizal Hussein memuji pengalaman berlakon dalam produksi TVC berdurasi 15 minit yang dianggap antara projek terbesar mereka.
  • Iklan ini mengisahkan persaingan lucu antara dua watak yang akhirnya menyedari nilai sebenar Aidilfitri adalah kebersamaan dalam komuniti.

Filem pendek Raya terbaharu tahun ini terus mengangkat tradisi iklan Aidilfitri dengan sentuhan emosi dan elemen kekeluargaan yang dekat di hati penonton.

Pengarahnya, Hyrul Anuar, mendedahkan idea di sebalik iklan bertemakan ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’ itu sebenarnya diadaptasikan daripada kisah benar abang-abangnya sendiri.

“Inspirasi iklan ini datang daripada kisah benar abang-abang saya. Harapnya dengan iklan itu, Raya tahun ini mereka berbaiklah.

“Nama mereka memang sama macam dalam iklan, Samad dan Razak. Ia adaptasi daripada cerita abang-abang saya,” katanya ketika di majlis Sidang Media Program Raya Astro di Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Sementara itu, pelakon utama, Adlin Aman Ramlie turut memuji gaya pengarahan Hyrul yang disifatkan sangat bertenaga.

“Bekerja dengan Hyrul sangat bertenaga. Dia bukan jenis duduk depan monitor, tapi melompat-lompat dan sangat energetik. Saya suka dia bermain dengan seni dan push boundaries.

“Saya harap apa yang saya persembahkan dapat memberi inspirasi kepada semua penonton di luar sana,” katanya.

Sementara itu, pelakon utama juga, Faizal Hussein menyifatkan projek tersebut sebagai antara produksi paling besar pernah disertainya.

“Saya dan Adlin pernah digabungkan dalam filem Dukun tapi tak pernah ada satu babak bersama. Jadi ini kali pertama kami betul-betul berlakon bersama.

“Saya suka bila dapat digabungkan dengan ramai artis. Ini adalah antara TVC paling hebat dan bajet paling besar yang saya pernah buat, macam buat filem dah,” ujarnya.

Iklan berdurasi 15 minit itu mengisahkan persaingan lucu antara Samad (lakonan Adlin Aman Ramlie) dan Razak (lakonan Faizal Hussein) yang berlumba menyiapkan pelita panjut sehingga tanpa sedar memecahbelahkan komuniti kampung sebelum akhirnya menyedari bahawa semangat Aidilfitri sebenar adalah kebersamaan.

Selain dua nama itu, filem pendek berkenaan turut dibintangi Bell Ngasri, Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah, Auddra dan kumpulan ALPHA.

Dengan mesej yang sarat nilai kekeluargaan dan sentuhan kisah sebenar, ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’ sekali lagi membuktikan bahawa kemeriahan Syawal menjadi lebih bermakna apabila diraikan bersama.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

Must-Watch Video

Advertisement