Skip to main content

Viral

Pempengaruh Culik Diri Sendiri Demi Tambah Pengikut, Popular

Astro Gempak influencer culik

Sekilas

  • Seorang pempengaruh wanita di Brazil, Monniky Fraga, ditahan selepas didapati merancang insiden culik diri sendiri demi populariti dan wang tebusan.
  • Insiden culik yang berlaku pada April 2025 itu melibatkan beberapa suspek dan kononnya meminta wang tebusan serta mengugut mangsa dan keluarganya.
  • Walaupun Fraga menafikan rekaan tersebut, siasatan polis yang melibatkan lebih 30 anggota mendapati kejadian itu adalah satu plot yang dirancang bersama suspek.

Hanya kerana ingin mendapatkan lebih ramai pengikut dan perhatian, seorang pempengaruh wanita sanggup merancang menculik diri sendiri sehingga memakan diri.

Insiden culik tersebut telah berlaku pada April 2025. Kini hampir setahun berlalu, pempengaruh itu ditangkap selepas diketahui merancang insiden tersebut demi populariti.

Monniky Fraga ditahan pihak berkuasa baru-baru selepas siasatan yang dijalankan bersama lebih 30 anggota polis mendapat insiden culik tersebut adalah satu rekaan.

Pada waktu kejadian, Fraga sebagai mangsa telah ‘berjaya’ menghubungi polis sewaktu dalam tahanan penculikan oleh beberapa orang suspek.

“Selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mendapat kejadian culik ini dilakukan sebagai salah satu plot mendapatkan wang tebusan yang telah dirancang oleh mangsa bersama suspek,” katanya wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Yahoo!.

Terdahulu Fraga menerusi video yang dikongsi di media sosial mendakwa telah didatangi tiga lelaki bersenjata di luar rumahnya di Igarassu, Brazil dan meminta wang tebusan.

Dia juga mendakwa telah diugut akan diseksa jika gagal menyediakan wang tebusan selain memukul suaminya, Lucas serta mengambil barangan mereka.

Pempengaruh itu juga mendakwa telah dibawa ke sebuah kawasan kosong dan ‘disimpan’ beberapa jam di situ.

Bagaimanapun selepas dia membayar sedikit wang tebusan, Fraga dan suaminya telah dibebaskan sekaligus membuat pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Meski kini telah ditahan polis, Fraga yang mempunyai sebanyak 48,000 pengikut di 
Instagram, TikTok dan Facebook menegaskan insiden penculikan yang berlaku tidak direka.

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement