Penyanyi, Wanie Kayrie akui tidak menyangka menerima sokongan luar biasa daripada seorang peminat antarabangsa yang sanggup terbang dari Jepun semata-mata untuk menyaksikan persembahannya secara langsung.
Menerusi hantaran di Instagram, Wanie difahamkan telah menerima kiriman WhatsApp daripada seorang individu yang memaklumkan kehadiran peminat istimewa tersebut di Konsert Countdown KITA 2026 baru-baru ini.
“Menjelang tahun baru sewaktu Konsert Countdown KITA 2026 haritu saya dapat kiriman WhatsApp dari abang Paly Alizan bagitahu ada peminat saya yang sanggup fly dari Japan semata-mata nak tengok saya perform sampai menangis bila dapat tengok saya perform secara live,” katanya.
Pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu mengakui benar-benar tersentuh apabila mendapat sokongan sebegitu daripada peminatnya.
Malah Wanie turut merakamkan ucapan terima kasih khas kepada peminat berkenaan yang dikenali sebagai @azusa_pop_, selain menghargai sokongan tulus yang diberikan walaupun datang dari jauh.
“MasyaAllah, menerima kasih sayang dan sokongan daripada peminat antarabangsa seperti ini benar-benar di luar jangkaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada @azusa_pop_ atas sokongan yang diberikan,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen mendoakan Wanie agar lebih dikenali dalam industri muzik.
Hiburan
Peminat Sanggup 'Fly' Dari Jepun Semata-Mata Nak Lihat Persembahan Wanie Kayrie - "Ini Benar-Benar Di Luar Jangkaan Saya"