Skip to main content

Viral

Peminat Pengsan Selepas Bergambar Dengan Roslan Shah Di Fiesta Mega Raya Sabah - "Saya Ingat Dia Bergurau"

Astro Gempak roslan shah peminat

Sekilas

  • Seorang peminat wanita pengsan secara tiba-tiba selepas bergambar dengan Roslan Shah, di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre.
  • Cik Lan memaklumkan bahawa petugas acara bertindak pantas memberikan bantuan dengan menenangkan dan membawa peminat itu ke tempat yang lebih selesa untuk berehat.
  • Fiesta Mega Raya 2026 berlangsung dari 7 hingga 18 Mac dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis, pameran produk halal, dan dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung.

Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) malam tadi bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita tiba tiba pengsan selepas bergambar bersama pengacara dan penyanyi terkenal, Roslan Shah, atau lebih dikenali sebagai Cik Lan.

Cik Lan yang hadir untuk membuat persembahan serta menghiburkan pengunjung berkata kejadian tersebut berlaku secara tiba tiba sehingga mengejutkan ramai individu di sekitar lokasi.

“Memang ada sedikit kelecohan berlaku malam tadi. Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan. Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main,” katanya.

Sebelum ini, Cik Lan turut memuat naik video detik kejadian tersebut di akaun TikTok miliknya sehingga menarik perhatian warganet.

Menurutnya lagi, situasi sebenar hanya disedari selepas melihat keadaan peminat tersebut yang kelihatan panik dan seolah olah mengalami serangan kebimbangan.

“Bila saya nampak dia macam panik, saya pun terus rasa terkejut dan risau. Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata,” katanya.

Dalam masa sama, Cik Lan mengakui pada awalnya dia terfikir untuk membantu peminat berkenaan, namun memilih untuk berhati hati memandangkan situasi tersebut berlaku di tempat awam dan melibatkan seorang wanita bertudung.

“Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang. Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu,” katanya.

Pelantun lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila peminat tersebut segera diberikan bantuan oleh petugas Fiesta Mega Raya yang berada di lokasi.

Menurutnya, petugas acara bertindak pantas dengan menenangkan peminat tersebut sebelum membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.

“Alhamdulillah Fiesta Mega Raya 2026 cepat membantu. Mereka bagi peminat itu kipas, bagi dia minum air dan suruh peminat itu duduk berehat sekejap. Selepas itu, keadaan dia nampak semakin okay,” katanya.

 

@realroslanshah

kesian adik ni macam kena anxiety attack tiba tiba, masa cik lan buat show di SICC, sabah.

♬ original sound - Roslan Shah - Cik Lan

 

Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 18 Mac di SICC, Kota Kinabalu merupakan festival Aidilfitri berskala besar yang menghimpunkan pelbagai elemen seperti membeli-belah, makanan dan minuman, hiburan keluarga, budaya, gaya hidup serta keusahawanan dalam satu platform bertaraf antarabangsa.

Penganjuran acara tersebut dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tempoh berlangsung.

Antara tarikan utama fiesta berkenaan termasuk penyertaan vendor terpilih, persembahan artis dan selebriti, aktiviti pentas harian, zon tematik Aidilfitri, pameran produk halal serta pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Acara tersebut turut tampil dengan tagline rasmi “Raya Paling Meriah Bah!”.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Must-Watch Video

Advertisement