Skip to main content

Indonesia

Pelawak Veteran Tampung Hidup Jadi Badut, Dibayar RM121 Sejam

pelawak

Sekilas

  • Muhammad Fakih Santoso, bekas anggota kumpulan pelawak Srimulat Surabaya, kini bekerja sebagai badut di Bali selepas mengalami kemalangan.
  • Fakih, yang dikenali sebagai Mr. Brekele, menerima bayaran sekitar RM121 hingga RM127 untuk persembahan badut selama sejam di Kebun Raya Bali.
  • Walaupun sudah 34 tahun menetap di Bali dan 15 tahun menjadi badut, Fakih masih menerima jemputan untuk sertai persembahan Srimulat jika ada peluang.

Pernah meraih populariti saat menjadi salah seorang anggota kumpulan pelawak terkenal Indonesia, Srimulat, kehidupan Muhammad Fakih Santoso kini berubah.

Pada usia 68 tahun, bekas pemain Srimulat Surabaya ini meneruskan kehidupannya dengan pekerjaan yang tidak lagi glamor.

Fakih yang memakai nama Mr. Brekele kini menampung kehidupan seharian dengan menjadi badut. Dia menerima sekitar RM121 sehingga RM127 untuk persembahan badut selama sejam yang dilakukan di kawasan Kebun Raya Bali, Tabanan, lapor InsertLive.

Sudah menetap di Bali selama 34 tahun, Fakih telah menjadi badut selama 15 tahun. Pekerjaan badut dilakukan selepas dirinya mengalami kemalangan dan kaki patah.

“Tapi kadang-kadang kalau ada ‘job’ besar dari Srimulat, mereka telefon dan ajak saya ikut serta, saya akan pergi.

“Sekarang Alhamdulullah, dapat rezeki (badut) saya bersyukur. Sekarang masih lagi ‘di panggung’ tapi rezekinya lain,” ujar Fakih.

Sewaktu menjadi anggota Srimulat Surabaya, Fakih membawa watak Perlindungan Margasatwa dari tahun 1984 sehingga 1986.

Must-Watch Video

Advertisement