Skip to main content

Hiburan

Pelakon ‘Senario The Movie’, Rohani Ujang Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

rohani

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran Rohani Ujang, yang pernah membintangi filem popular Senario The Movie, telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi satu hantaran di Facebook yang dimuat naik kira-kira 20 jam lalu, memaklumkan bahawa Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu, jam 9.30 malam. 

Advertisement

 

“Assalamualaikum, kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali Mak Lang saya, Rohani binti Ujang, dukacita dimaklumkan bahawa Bonda Rohani telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 malam tadi,” tulisnya.

Menurut perkongsian tersebut, jenazah telah dimandikan dan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pada Rabu (8 Oktober 2025).

Sepanjang hayatnya, Rohani pernah mewarnai dunia lakonan tempatan menerusi beberapa naskhah termasuk filem komedi pecah panggung Senario The Movie dan beberapa drama tempatan lain.

Pemergian Allahyarhamah meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan rakan artis dan peminat yang membesar menyaksikan lakonannya, terutama menerusi karya komedi yang masih segar di ingatan hingga kini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Must-Watch Video

Advertisement