Skip to main content

Hiburan

Pelakon Popular Kongsi Pengalaman Perit Jadi Mangsa Buli Bintang Sinetron, Netizen Petik Nama Nikita Willy - “Dia Spray Penyembur Serangga Depan Saya…”

dfd

Sekilas

  • Aurelie Moeremans dalam bukunya 'Broken String' mendedahkan pengalaman dibuli semasa penggambaran sinetron pada 2011, tanpa menyebut nama individu secara langsung.
  • Netizen mengaitkan kisah itu dengan pelakon utama Nikita Willy dalam sinetron 'Putri Yang Ditukar', menyebabkan komen desakan penjelasan di Instagram Nikita.
  • Sehingga kini, Nikita Willy belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Nama pelakon terkenal Indonesia, Nikita Willy menjadi bualan netizen selepas buku berjudul Broken String hasil tulisan aktres Aurelie Moeremans tular di media sosial.

Menerusi buku tersebut, Aurelie berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa buli ketika menjalani penggambaran sebuah sinetron sekitar tahun 2011.

Meskipun tidak menyebut secara jelas judul sinetron atau nama individu terlibat, netizen mula membuat spekulasi memandangkan pada tahun berkenaan Aurelie membintangi sinetron Putri Yang Ditukar sebagai watak Nina, manakala pelakon utama ketika itu ialah Nikita Willy.

Menerusi buku Broken String, Aurelie menggambarkan dirinya berasa terasing sejak hari pertama di lokasi penggambaran.

“Sejak hari pertama penggambaran, saya rasa seperti tidak punya tempat. Saya tidak tahu di mana perlu duduk. Saya wajah baharu yang dilemparkan ke persekitaran yang semua orang sudah tahu peraturannya, tetapi tiada siapa mahu menjelaskan,” tulisnya.

Menurut Aurelie, dia akhirnya duduk di sebuah sofa ruang menunggu tanpa mengetahui sofa tersebut dikhaskan untuk pelakon utama.

“Saya tak tahu itu tempat dia. Tiada siapa beritahu. Kemudian dia masuk, pelakon utama, bintang yang semua orang kelilingi. Dia memandang tepat ke arah saya. Saya bangun kerana cuba bersikap sopan,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Aurelie mendakwa senyumannya tidak dibalas, sebaliknya dia dipandang sinis sebelum individu berkenaan keluar dari bilik tersebut.

Lebih mengejutkan, Aurelie mendakwa individu terbabit kembali bersama pembantunya sambil membawa penyembur serangga.

“Dengan senyuman yang bukan senyuman mesra, dia menyembur udara di hadapan saya. Kemudian dengan nada manis dia berkata, ‘Ups, saya tak tahu ada orang duduk di sofa pelakon utama,’” tulis Aurelie.

Menurutnya, kejadian tersebut membuatkan dirinya berasa bersalah walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya minta maaf dan beritahu saya tidak tahu itu sofa pelakon utama. Buli itu tidak berhenti di situ. Ia berlaku hampir setiap hari sehingga saya sendiri tidak dapat bezakan bila ia bermula dan bila ia berakhir,” tulisnya lagi.

Pendedahan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang kemudiannya mengaitkan kisah itu dengan Nikita Willy, sekali gus menyebabkan ruangan komen Instagram pelakon berkenaan dibanjiri desakan supaya pelakon tersebut tampil memberi penjelasan.

 “Kak, betul ke kamu yang membuli?

 “Dari luar nampak baik, rupanya scary.

“Tak sangka pembuli, kecewa betul kalau betul beritanya,” komen beberapa netizne. 

Selain buku tersebut, Aurelie sebelum ini turut mendedahkan dalam sebuah podcast bahawa dia pernah ditolak daripada menyertai sebuah projek lakonan kerana pelakon utama enggan bergandingan dengannya, walaupun dia sudah memenuhi permintaan produksi termasuk memotong rambut demi watak.

Sehingga kini, Nikita Willy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan berkenaan.

 

Sumber: Tribun News

Anda mungkin berminat dengan

Bear Tale Finger Painting Book

Bear Tale Finger Painting Book

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Belajar Doa Nabi Yunus

Belajar Doa Nabi Yunus

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

PENAT – Urus Emosi & Tekanan

PENAT – Urus Emosi & Tekanan

Hermanas Bawal Bushara

Hermanas Bawal Bushara

Must-Watch Video

Advertisement