Skip to main content

Hiburan

Pegawai Kanan Polis Maut, Bekas Isteri Sifatkan Arwah Seorang Ayah Yang Baik - “10 Tahun Kita Berpisah Hidup, Hari Ini…”

Pegawai Polis Maut

Sekilas

  • Seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Shah Alam pada awal pagi Rabu.
  • Iera Sahirah, yang mendakwa bekas isteri arwah, memohon orang ramai mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah untuk bekas suaminya itu.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat, menurut kenyataan Ketua Polis Selangor.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Iera Sahirah menyorot perhatian selepas memuat naik luahan menyentuh hati terhadap pemergian seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut pada pagi Rabu.

Menurut Iera yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada pegawai polis tersebut, dia menyifatkan arwah sebagai seorang ayah yang sangat baik terhadap anak-anaknya.

Iera turut memohon orang ramai untuk menghadiahkan al-fatihah dan mendoakan agar bekas suaminya itu dicucuri rahmat.

“Assalamualaikum, saya bekas isteri kepada arwah , mohon sedekahkan al-fatihah dan doa yang baik-baik untuk arwah.

“Dia seorang ayah yang sangat baik. 10 tahun kita berpisah hidup, hari ini kita berpisah mati,” luahnya.

Terdahulu, Awani melaporkan mengenai seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, awal pagi Rabu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada kira-kira 3.07 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sumber: TikTok, Awani

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement