Skip to main content

Viral

Pasca Dihina, Miss Mexico Tegaskan Suara Wanita Tidak Boleh Dinafikan

mexico

Ringkasan AI

  • Miss Mexico, Fatima Bosch, dimalukan dengan panggilan 'bodoh' oleh pengarah Miss Universe 2025, Nawat Itsaragrisil.
  • Fatima menegaskan penghinaan itu harus dilihat sebagai simbol kebangkitan wanita dan suara mereka tidak boleh ditutup.
  • Dia menyatakan penyertaannya dalam Miss Universe bukan untuk mencari gaduh tetapi untuk memberikan yang terbaik.
  • Nawat Itsaragrisil memarahi Fatima kerana tidak hadir sesi penggambaran bersama penaja dan didakwa memanggilnya 'bodoh' secara langsung.
  • Itsaragrisil kemudian memohon maaf tetapi menafikan menggunakan perkataan 'bodoh', sebaliknya kata 'damage' semasa marah.

Miss Mexico, Fatima Bosch yang dimalukan dengan panggilan bodoh oleh pengarah pertandingan Miss Universe 2025 dari Thailand, Nawat Itsaragrisil baru-baru ini menegaskan meski dihina wanita tidak boleh mengalah.

Malah, wanita berusia 25 tahun yang menyertai pertandingan edisi ke-74 yang bakal berlangsung di Thailand pada 21 November ini penghinaan yang dilakukan ke atasnya  perlu dilihat oleh dunia sebagai lambang kebangkitan wanita.

“Dia meminta saya diam tetapi inilah waktunya dunia melihat kekuatan wanita.

“Dan platform ini adalah tempat suara wanita tidak boleh dinafikan. ‘Suara’ saya tidak boleh ‘ditutup’,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok lapor CNN.

Bosch juga mengatakan penyertaannya mewakili negara dalam Miss Universe bukan untuk mencari gaduh.

“Saya tidak menganggu sesiapa dan sentiasa cuba bersikap baik dengan semua orang. Jadi saya akan tetap melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini,” katanya lagi penuh semangat.

Terdahulu Itsaragrisil yang juga Naib Presiden Miss Universe bagi rantau Asia-Oceania  tiba-tiba memarahi Fátima di depan ramai orang kerana tidak hadir ke sesi penggambaran bersama penaja.

Lelaki itu kemudian terdengar memanggil  Fátima “bodoh” (dumb) sewaktu sesi siaran langsung. Fátima yang jelas terkejut terus bangun dan keluar dari majlis diikuti beberapa peserta lain termasuk Miss Universe 2024, Victoria Kjær Theilvig sebagai tanda protes.

Itsaragrisil kemudian meminta maaf dirinya atas keterlanjurannya namun menafikan menggelar Fatima bodoh sebaliknya mengatakan dia menyebut perkataan ‘damage’ atau rosak sewaktu memarahi peserta itu.

Must-Watch Video

Advertisement