Skip to main content

Indonesia

Opick Terharu Namanya Sinonim Dengan Bulan Ramadan

Astro Gempak opick

Sekilas

  • Opick dikenali sebagai penyanyi lagu kerohanian yang sinonim dengan bulan Ramadan dan sering dirindui peminat pada bulan mulia ini.
  • Opick berkongsi di Instagram Story bahawa dia akan berkolaborasi dengan seseorang dalam Ramadan tahun ini.
  • Lagu terbaru Opick berjudul Syukur Alhamdulillah mendapat sambutan hangat dan menambah koleksi lagu kerohanian popularnya seperti Ramadhan Tiba dan Shollu Ala Muhammad.

Nama penyanyi Opick memang cukup sinonim dengan bulan Ramadan kerana lagu-lagu kerohanian yang selalu menghiasi bulan mulia ini.

Saat umat Islam kini menjalani ibadat puasa, Opick mengaku terharu kerana namanya juga selalu dirindui pada bulan Ramadan.

Luahan tersebut dikongsi Opick di Instagram Story miliknya, lapor Kompas.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, saya senang banget banyak yang kangen (rindu) sama saya. Sedikit bocoran, di Ramadan tahun ini saya akan berkolaborasi dengan seseorang,” ujar Opick.

Ironi, Opick baru melancarkan lagu kerohanian terkini sempena Ramadan berjudul Syukur Alhamdulillah dan mendapat sambutan hangat.

Untuk rekod, Opick dikenali sebagai ikon lagu Ramadan kerana sering melahirkan karya kerohanian yang cukup fenomena. Antara lagu kerohanian miliknya yang selalu menjadi pilihan apabila bulan puasa adalah Ramadhan Tiba, Shollu Ala Muhammad, Cahaya Hati dan Astaghfirullah.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement