Skip to main content

Hiburan

Nubhan Nafi Rumah Tangga Retak Kerana Orang Ketiga - “Wanita Itu…”

Nubhan

Penyanyi, Nubhan menafikan punca keretakan rumah tangga bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berlaku disebabkan oleh orang ketiga. 

Jelas Nubhan atau nama lengkapnya, Ahmad Nubhan Ahamad, dia hanya membantu wanita tersebut dan juga keluarga kerana menghadapi masalah buah pinggang. 

“Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anaknya selalu datang ke rumah. Saya dah kenal dengan keluarga mereka lebih 20 tahun dan memang kami rapat. 

“Dia ada masalah bawah pinggang dan susah nak bergerak jauh dari kampung. Rumah saya dekat dengan hospital, jadi saya benarkan dia menumpang sementara untuk dapatkan rawatan.

“Masa dia duduk tu, dia mula rapat dengan isteri dan anak-anak saya. Isteri saya pun kerap ajak dia datang ke rumah, walaupun saya tiada di rumah waktu itu,” katanya. 

Nubhan turut menjelaskan bahawa hubungan antara keluarganya dan wanita itu sangat baik, malah isterinya sendiri sering meminta bantuan wanita berkenaan untuk mengambil anak-anak dari sekolah atau menghantarnya ke tempat kerja.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu bagaimanapun menganggap tuduhan kononnya wanita tersebut adalah ‘orang ketiga’ sebagai tidak masuk akal. 

“Isteri saya selalu juga minta tolong dia ambil anak sekolah, kadang hantar isteri pergi kerja. Hubungan tu memang rapat macam keluarga bukan benda luar biasa pun, sebab kita memang rapat sesama orang kampung. 

“Bila orang kata dia tu orang ketiga, saya rasa kelakar. Sebab kami rapat macam keluarga je. Tak ada apa-apa pun yang lebih daripada itu. Hubungan kami masih baik, cuma dia (wanita itu) agak tertekan dengan tuduhan-tuduhan yang keluar. Tapi kami tahu apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.


Terdahulu, Pelakon Syamim Razi tampil mempertahankan keluarganya selepas mendakwa ibunya menjadi mangsa fitnah berhubung isu penceraian antara penyanyi Nubhan Ahamad dan bekas isterinya, Dr. Fie Tawfek.

Advertisement

Dalam satu kenyataan di Facebook, Syamim menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyebarkan tuduhan palsu dan memanipulasi gambar-gambar melibatkan dirinya serta keluarga.

Must-Watch Video

Advertisement