Skip to main content

Selebriti

Norreen Iman ‘Offer’ Diri! Siap ‘Bagi’ Resume, Terkejut Dapat Respon Beto Kusyairy - “Weh! Abang Beto Reply! Ya Allah…”

Astrogempak norreen iman beto berlakon

Sekilas

  • Pelakon Norreen Iman teruja apabila aktor Beto Kusyairy membalas hantaran beliau di platform Threads.
  • Norreen menganggap respon Beto sebagai rezeki besar dan berharap dapat bekerjasama dengan pelakon itu dalam projek akan datang.
  • Perkongsian Norreen mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang memuji keberanian dan gaya spontannya mempromosikan bakat secara terbuka.

Pelakon, Norreen Iman meluahkan rasa teruja apabila aktor hebat, Beto Kusyairy memberikan respon terhadap hantarannya di platform Threads.

Menurut Norreen, respon daripada pelakon yang disifatkannya sebagai antara figura hebat dalam industri itu dianggap sebagai satu rezeki besar buat dirinya.

Malah kata Norreen, dia juga sememangnya mengimpikan peluang untuk bekerjasama dengan Beto.

“Weh abang Beto reply aku!! Ya Allah, rezeki kan aku dapat kerja dengan dia. Babak lempang ni mesti kena ada. 

“Aku tak tahu kenapa mesti lempang. Sebab kalau Gayong nanti aku goyang badan je. lebih baik lempang lah. 

“Bang, resume saya, abang boleh tengok Mikael: Pemburu 2 Alam. Kepada producer, writer, director, saya Norreen,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berharap hajat Norreen itu dapat ditunaikan.

Selain itu, netizen juga turut terhibur dengan gaya spontan Norreen dan memuji keberaniannya mempromosikan bakat secara terbuka kepada penggiat seni.

Terdahulu, Norreen sebelum ini membuat hantaran menyatakan rasa keinginan untuk bergandingan bersama Beto dalam sebuah naskhah.

Sumber: Threads @norreen143


 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Must-Watch Video

Advertisement