Skip to main content

Hiburan

Norish Karman Pernah Terdetik Buka Tudung Gara-Gara Berdepan Masalah Ekonomi - “Bohong Kalau Tak Terfikir, Tapi…”

Norish Karman

Sekilas

  • Pelakon Norish Karman menolak tawaran lakonan kerana mahu istiqamah memakai hijab walaupun sedar ia memberi kesan pada kerjaya seni.
  • Norish pernah terfikir untuk membuka tudung demi menyara keluarga, tetapi anak-anaknya menasihatinya supaya terus bertudung.
  • Aliff Syukri menyumbang RM20,000 hasil jualan siaran langsung TikTok untuk membantu Norish dan lapan anaknya.

Pelakon, Norish Karman akui ada menerima tawaran lakonan namun terpaksa menolak kerana memperuntukkan dirinya untuk membuka tudung.

Ujar Norish, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mahu istiqamah mengenakan hijab meskipun sedar ianya memberikan kesan kepada kerjaya seninya.

“Saya memang banyak tawaran tetapi mereka nak rambut (terdedah) macam dalam drama popular lakonan saya sebelum ini.“Saya istiqamah dan minta maaf sangat sebab kena tolak. Kemudian mereka kata ramai saja artis dan selebriti yang buat macam itu (dedah aurat semula).

“Saya jawab, ‘Mereka berani tetapi saya tak berani lagi’,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Spa Q ini mengakui pernah juga terdetik untuk membuka hijab demi menyara kehidupan namun niatnya itu tidak diteruskan atas nasihat anak-anak.

“Kadang-kadang ada juga terfikir yang lebih elok kalau buka saja tudung. Bohonglah kalau kata tak terfikir nak buka tudung sebab nak jaga ekonomi anak-anak.

“Tapi anak-anak semua kata jangan,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Aliff Syukri menghulurkan sumbangan berbentuk gaji berjumlah RM20,000 kepada Norish dan lapan anak-anaknya hasil melakukan jualan siaran langsung selama dua jam di Tiktoknya semalam.

Difahamkan, tindakan Aliff Syukri itu adalah sebagai sebahagian usaha dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk membantu Norish dan anak-anaknya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Full Cup Bra Adjustable Underwear Seamless Bra Push Up Bra Plus Size Women Bra Anti-sagging Breasts Ladies Bra Lift Up

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Must Watch Video

Advertisement