Skip to main content

Hiburan

Nilam Ortiz Kembali Beraya Secara Solo, Tak Halang Anak Beraya Dengan Azlan Komeng - “Anak Sulung Saya Sangat Rapat Dengan Dia”

Nilam Ortiz

Sekilas

  • Nilam Ortiz mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini berbeza selepas bercerai dengan Azlan Komeng dan masing-masing akan beraya di kampung halaman sendiri.
  • Ini merupakan kali pertama mereka menyambut raya bukan sebagai suami isteri sejak berkahwin pada Januari 2022 dan dikurniakan seorang anak pada September tahun lalu.
  • Nilam tidak menghalang anak sulungnya untuk beraya bersama Azlan dan akan mengaturkan cara terbaik untuk anaknya beraya dengan bapanya.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Nilam Ortiz mengakui sambutan Aidilfitri pada tahun ini sedikit berbeza buat dirinya selepas sah bercerai dengan pelakon, Azlan Komeng.

Menurut Nilam, tahun ini merupakan kali pertama mereka menyambut Aidilfitri ke kampung halaman masing-masing selepas tidak lagi memegang status suami isteri.

“Raya tahun ini sedikit berbeza di mana kami akan beraya di kampung halaman masing-masing dan tahun ini merupakan tahun pertama kami raikan bukan sebagai status suami isteri,” katanya.

“Kalau nak tahu, tujuh tahun yang lalu di mana sebelum saya bernikah dengan Azlan, saya tak pernah langsung sambut raya dan hanya seorang diri.

“Jadi selepas bercerai ini, saya kembali semula ke fasa tujuh tahun lalu dan hanya akan duduk di rumah sahaja,” katanya kepada Gempak.

Meskipun sudah berpisah, Nilam menegaskan bahawa dia tidak akan menghalang anak sulungnya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini bersama Azlan.

“Anak sulung saya sangat rapat dengan Azlan jadi saya akan penuhi permintaan dia untuk beraya dengan Azlan.

“Saya okay saja kalau anak saya nak beraya dengan Azlan.

“Mungkin saya akan minta tolong staf hantarkan atau mungkin Azlan sendiri akan ambil anak saya dan beraya dengan dia, tengok keadaan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

Nilam juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang kini berusia enam tahun.

Mereka kemudiannya mengumumkan perceraian mereka namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh mahupun punca perceraian.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement