Sekilas
- Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman, mengesahkan pernikahannya dengan bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin, yang berlangsung semalam.
- Malek berkongsi beberapa gambar majlis pernikahan dan menyatakan mas kahwin sebanyak RM7,000 diberikan kepada Dang Suria.
- Dang Suria belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkahwinan tersebut, manakala kedua-duanya pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman akhirnya mengesahkan pernikahan bersama bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin yang dilaporkan telah berlangsung semalam.
Pengesahan tersebut dibuat menerusi beberapa keping foto saat majlis pernikahan berlangsung. Kedua mempelai dilihat memakai busana pengantin warna putih dalam majlis tersebut.
Turut disertakan bersama beberapa gambar pada majlis pernikahan adalah kapsyen mengenai hari bersejarahnya dengan Dang Suria.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.
"Semoga ikatan cinta dua hati ini kekal sehingga jannah. "Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah 'off market'," tulis Malek yang juga melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak di akaun Theards.
Pada perkongsian sama, bekas pemain Selangor FC itu juga mendedahkan memberi RM7,000 kepada Dang Suria sebagai mas kahwin.
Bagaimanapun Dang Suria, 54, belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai perkahwinan bersama Malek, 56.
Untuk rekod, Dang Suria pernah menikah dengan pengulas sukan, Abu Bakar Atan pada Oktober 2004 selepas kira-kira empat tahun mendirikan rumah tangga dan mendirikan rumah tangga dengan penulis lirik, Ad Samad, namun hubungan itu turut berakhir dengan perpisahan. Malek juga diketahui pernah gagal dalam perkahwinan.
Sumber: Threads @malekrahman7