Perkongsian video oleh pempengaruh media sosial, Minrose, di platform TikTok mencuri perhatian ramai apabila memaparkan satu rakaman CCTV yang menunjukkan kemunculan entiti misteri menyerupai seorang wanita, dipercayai makhluk legenda laut dikenali sebagai Pamakbul.
Dalam rakaman berdurasi beberapa saat itu, kelibat berkenaan kelihatan berpusing-pusing perlahan persis seorang puteri sambil memegang kain panjang, seolah-olah sedang menari di hadapan rumah.
Advertisement
@_mintherose_ Jangan dibuat main benda ni! #fypシ゚ #foryou #viral ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension - Sound Production Gin
Walaupun rakaman hanya berwarna hitam putih, pergerakannya yang lembut dan samar-samar menimbulkan rasa seram buat penonton.
Menerusi hantarannya, Minrose turut berkongsi tentang entiti tersebut yang dikatakan berasal dari laut dan sering dikaitkan dengan amalan pemujaan mistik.
“Korang perasan tak ada satu akaun ni dia post satu penampakan aneh dalam CCTV rumahnya? Ni macam Pamakbul.
“Kalau korang nak tahu, Pamakbul ni adalah hantu laut yang telah dipuja melalui satu ritual. Pamakbul ni akan kabulkan semua permintaan orang yang memuja dia,” katanya.
Minrose menambah, kisah Pamakbul ini bukan baharu dalam masyarakat tempatan, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Pantai Timur.
“Sesiapa yang duduk dekat Pantai Timur biasanya tahulah tentang Pak Makbul ni. Kalau di Malaysia, kita ada Pak Makbul. Di Indonesia pula, kita ada Nyirorokidul,” ujarnya.
Bagaimanapun, Minrose turut mempersoalkan bagaimana kelibat seakan makhluk laut itu boleh muncul di dalam rumah menerusi rakaman CCTV berkenaan.
“Persoalannya, macam mana ada rakaman CCTV Pak Makbul dekat rumah dia?” tambahnya.
Terdahulu, legenda Pamakbul sering dikaitkan dengan kisah pemujaan di kawasan perairan Pantai Timur, di mana makhluk itu dipercayai mampu mengabulkan hajat manusia sebagai pertukaran dengan ‘ritual’ tertentu.