Skip to main content

Hiburan

Netizen Yakin Yasser Bukan Pembunuh Ahyan - “Mangsa Trauma Tak Akan Peluk Abuser Dia”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, kini hangat diperkatakan selepas penonton berkongsi teori mengenai pembunuhan Ahyan.
  • Ramai netizen percaya Yasser, bapa Ahyan, bukan suspek sebenar kerana mangsa trauma tidak akan mesra dengan individu yang pernah menyakitinya.
  • Drama ini ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal di Astro GO serta aplikasi Sooka.

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven terus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan penonton apabila ramai mula berkongsi teori mengenai pembunuhan Ahyan.

Menerusia ciapan dibuat seorang individi di Threads, dia meluahkan keyakinan bahawa bapa kepada Ahyan iaitu Yasser (Beto Kusyairy) yang merupakan suspek utama bukanlah individu yang bertanggungjawab terhadap penderaan yang dialami Ahyan.

Ujarnya, seseorang mangsa yang trauma tidak akan mesra bersama individu yang pernah menyakitinya.

“Hmm mangsa trauma tak akan peluk dia punya abuser tau.

“Ain’t no way Ahyan akan peluk ayahnya sendiri kalau ayah dia yang dera dia sexually selama ini. The suspect is not the dad,” tulisnya.

Hujah yang dibuat netizen itu turut dipersetujui rata-rata netizen yang merasakn bahawa pelaku sebenar adalah karakter lain dalam drama tersebut.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Advertisement