Sekilas
- Pelakon Puteri Aishah jadi perhatian netizen gara-gara ekspresi mata yang dikatakan ‘terbeliak’ dalam drama lakonannya.
- Dia ambil komen tersebut dengan santai dan positif, malah mengakui mata bulatnya itu memang macam tu.
- Respon spontan Puteri Aishah buat peminat terhibur dan semakin suka dengan sikapnya yang down-to-earth.
Pelakon, Puteri Aishah menjadi perhatian apabila ekspresi matanya dalam sebuah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.
Tidak cepat melatah, Puteri Aishah bagaimanapun mengambil komen tersebut dengan penuh santai dan berfikiran positif.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Puteri Aishah mengakui ada terbaca komen netizen yang mempersoalkan ekspresi matanya yang dikatakan ‘terbeliak’ dalam beberapa babak drama lakonannya.
“Saya baru baca komen, orang kata mata saya terbeliak je dalam drama.
“Wei kelakar lah baca, tu seba mata saya bulat kot. Kalau saya marah lagi lah besar jadi jangan saya marah okay,” tulisnya.

Komen Puteri Aishah itu ternyata mencuit hati peminat yang rata-rata terhibur dengan respon spontan pelakon berkenaan.
Sumber: Threads @puteriaishahofficial