Skip to main content

Viral

Netizen Tersentuh Lihat Hubungan Erysha Emyra, Anak Istimewa - "Realnya Bonding Dorang Ni..."

Erysha

Pelakon, Erysha Emyra mencuri perhatian netizen apabila kemunculannya bersama seorang anak istimewa, Naura Arissa dalam program realiti Talk To My Manager tular di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, dia tersentuh melihat keakraban Erysha bersama Naura yang tampak begitu selesa di sisinya sehingga timbul persoalan sama ada ia sekadar lakonan ataupun realiti.

Advertisement

"Ini hanya sekadar drama ke betul- betul ni? Realnya bonding diorang," tulis individu tersebut.

Dalam video sama, pelakon yang terkenal menerusi drama Aku Bukan Ustazah itu turut dilihat menenangkan Naura yang menangis di atas pentas, sekali gus membuatkan ramai kagum dengan sikap penyayangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Erysha yang dianggap bukan sahaja cantik, malah berhati mulia.

"Kanak-kanak dengan syndrome down memang penuh kasih sayang, bila dia dah selesa, mereka akan terus rapat dan sayang you sampai bila-bila.

"Erysha seprang yang sangat penyayang.

"Beauty with brain anak noniswara ni.

"Dahla lawa, baik pula tu.

"Anak syndrome down memang sangat cepat attach dengan orang yang dia selesa. Sweet dan penyayang," komen netizen

Sekadar rekod, kemunculan Erysha dalam Talk To My Manager adalah bagi mempromosikan drama terbarunya, Rumah Tanpa Luka terbitan Suhan Movies & Trading bersama BamBam Studios. 

Menariknya, drama itu turut menampilkan Naura yang memegang watak sebagai anak autisme.

Must-Watch Video

Advertisement