Sekilas
- Penyanyi dan komposer Ajai tampil dengan imej baharu selepas mencukur bersih misai dan jambangnya yang sudah lama dipakai.
- Perubahan penampilan ini mendapat perhatian dan pujian ramai peminat di media sosial yang menganggap Ajai kelihatan lebih muda dan segar.
- Rata-rata netizen memberikan komen positif dan teruja dengan transformasi terbaru Ajai yang membawa nostalgia zaman remaja mereka.
Penyanyi dan komposer, Ajai mencuri perhatian netizen selepas tampil dengan imej baharu yang lebih segar.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ajai memilih untuk mencukur bersih misai dan jambangnya selepas dipercayai sudah lama dengan imej tersebut.
Bertahun bermisai, berjambang.. hari ni kasi clear," katanya.
Perubahan tersebut pantas menarik perhatian peminat dan pengikutnya di media sosial yang rata-ratanya terkejut melihat transformasi terbaharu penyanyi dan komposer berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan Ajai yang kelihatan lebih muda dan segar.
"Ten years younger, but still taste so legendary 🔥🤘klu x perhati betul2 boleh x perasan. 😁
"Wow hanakkk hikannn hahaha
"Rasa macam balik zaman SPM dengar lagu Exist time bukan puasa
"Baru abis SPM ni ❤️❤️haha
"Lain betul bang 😂😂😂😂
"Alamak dia nampak mudoooo lah.
"Nampak mudo bang 🤭," komen netizen.