Sekilas
- Datin Alyah berkongsi swafoto suami, Datuk Ramli MS, dan anak perempuan mereka, Nur Izzara, di akaun TikToknya.
- Alyah menyatakan telefonnya penuh dengan gambar dua insan tersayang itu, menunjukkan keakraban keluarga mereka.
- Netizen memberikan doa dan pujian terhadap gelagat comel Ramli MS dan Nur Izzara dalam perkongsian tersebut.
Perkongsian penyanyi Datin Alyah menerusi akaun TikTok miliknya menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian itu, Alyah memuat naik beberapa foto memperlihatkan swafoto suaminya iaitu Datuk Ramli MS dan anak perempuan mereka, Nur Izzara.
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, telefonnya dipenuhi dengan swafoto dua orang kesayangannya itu.
“Ya Allah SWT, telefon kita ini memang muka depa (mereka) dua saja. Daddy dia tengah tidur pun duk nak bergambar juga aduii,” tulisnya.
Rata-rata netizen mendoakan Alyah, suami dan anak mereka bahagia ke jannah selain terhibur melihat gelagat Ramli MS dengan Izzara.
“Dia tahu bapa dia sayang dia. Flash tu biasa kata Zara. Makin comel la Zara.
“Allahu pandainya cik Jara kita. Nampak dah besar dah anak dara Datin dan Datuk ini. Aunty doakan semoga Zara membesar dengan sihat ya sayang.
“Pandai dia selfie dengan Tok Ram comel saja,” komen beberapa netizen.