Sekilas
- Sebuah video tular menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menyerbu Balai Polis Pangkor, Perak untuk beraya sambil menikmati juadah lemang dan rendang.
- Gelagat kanak-kanak yang bersahaja dan mesra itu menarik perhatian netizen serta mendapat layanan baik daripada pegawai polis di situ.
- Netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak dan memuji sikap mesra anggota polis ketika menerima kunjungan tersebut.
Baru-baru ini tular sebuah video merakamkan sekumpulan kanak-kanak ‘menyerbu’ sebuah balai polis untuk beraya.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @Dik_yull, difahamkan kejadian itu berlaku di Balai Polis Pangkor, Perak.
Lebih mencuit hati, video yang menarik perhatian netizen itu merakamkan gelagat kanak-kanak tersebut kelihatan begitu bersahaja menikmati juadah raya seperti lemang dan rendang sambil diperhatikan oleh beberapa pegawai polis yang berada dilokasi tersebut.
“Seumur hidup akak, pertama kali orang mai beraya di balai hahahahha. Siap bagi salam kami nak beraya.
“Mai dik masuk makan lemang dengan rendang. Nasib lah pagi raya ada makan-makan.
“Budak lain tak berani mai balai, depa elok mai beraya. Duk atas karpet takut sofa kotor katanya,” kongsi pengguna TikTok tersebut.
Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah spontan kanak-kanak berkenaan, selain memuji layanan mesra anggota polis ketika menerima kunjungan tersebut
Kredit: TikTok @Dik_yull