Skip to main content

Hiburan

Netizen Nak Tahu Macam Mana Anzalna & Adik-Beradik Dapat Suami Kaya, Ini Respons Tuan Badan - “Setiap Orang Ada…”

Anzalna Nasir

Sekilas

  • Seorang wargamaya bertanya bagaimana Anzalna Nasir dan adik-beradiknya boleh berkahwin dengan lelaki kaya selain kerana kecantikan mereka.
  • Anzalna menjelaskan perkahwinan bukan tentang kekayaan, tetapi keserasian, rasa hormat, dan membina kehidupan bersama.
  • Pelakon itu memilih suaminya berdasarkan personaliti 'mahal' dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Seorang wargamaya meluahkan rasa ingin tahu mengenai bagaimana pelakon Anzalna Nasir dan adik-beradiknya boleh berkahwin dengan lelaki yang berstatus berada atau kaya. 

 

Menerusi paparan skrin yang dikongsikan Anzalna di Threads, selain cantik, individu itu ingin mengetahui faktor yang membuatkan aktres itu mendirikan rumah tangga dengan pasangan kaya. 

 

“Macam mana eh adik-beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya-kaya belaka. Lawa itu satu hal la kan,” tulis individu itu. 

 

Menganggap semua orang mempunyai rezeki, Anzalna berpendapat sebuah perkahwinan bukan berdasarkan status kekayaan sebaliknya tentang keserasian dan rasa hormat untuk membina kehidupan bersama. 

 

“Hi, setiap orang ada rezeki masing-masing. Perkahwinan bukan sekadar tentang kekayaan, tetapi tentang keserasian, rasa hormat dan membina kehidupan bersama,” balasnya. 

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Anzalna. 

 

Malah ada juga netizen berkongsi ‘prime era’ Anzalna di mana aktres itu mampu mendapat lelaki dari keluarga bangsawan selain memiliki kekayaan hasil kerja keras sendiri. 

 

Membalas komen itu, Anzalna berkata dia lebih memilih suaminya yang mempunyai personaliti ‘mahal’ dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. 

 

“Tapi abang botak tetap di hati 😁 saya memilih lelaki yang ‘mahal’, semoga dia kekal mahal selamanya. Amin. Doakan yang terbaik untuk hubungan kami,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

Must Watch Video

Advertisement