Skip to main content

Hiburan

Netizen ‘Love’ Tengok Rutin Penjagaan Wajah Eyka Farhana - “Patutlah Dia…”

Eyka Farhana

Pelakon, Eyka Farhana menyorot perhatian netizen selepas berkongsi rutin penjagaan wajah sebelum tidur.

Lebih menarik, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi turut berkongsi rutin itu dibantu oleh suaminya, Akhyar Rashid.

“Tonight ada orang tolong pakai kan saya skincare 😋😍 boleh tak nak setiap hari tolong pakai kan? ,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kerajinan pelakon drama Dukun Diva itu bersiap sebelum tidur.

“Cantiknyaa suka tengok

“rajin dan berduit..

“Bak sikit 🤏🏻 nak cantik jugak

“Patut la dia cantik, dia rajin

“Aduhaiii…Maunya dia tak cantik begini.. rajin ..

“Nak cantik kena banyak duit dan rajin… hati senang sentiasa 🥰 Ya Allah nak macamni jugak,” tulis netizen.

Sekadar info, Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup pada 2 Mei 2025.

Advertisement

Majlis pernikahan yang diadakan sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement