Skip to main content

Indonesia

Disahkan 5 Doktor Hampir Mati, Baskara ‘Membangun’ & ‘Menghancurkan’ Peminat .Feast Dengan Penampilan Energetik

Astro Gempak baskara

Sekilas

  • .Feast berjaya menyelamatkan kumpulan mereka dengan album ketiga, Membangun & Menghancurkan, yang menjadi titik perubahan selepas hampir berpecah.
  • Konsert solo dua malam di Zepp Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Jun menutup siri jelajah album tersebut dengan sambutan hangat dari peminat Malaysia, dikenali sebagai Kelelawar Malaysia.
  • Walaupun menghadapi cabaran kesihatan dan ugutan kerana mesej sosial politik dalam lagu mereka, .Feast terus aktif dan mendapat pengiktirafan di peringkat Asia termasuk Jepun.

Sebuah album yang seharusnya menjadi terakhir, justeru adalah karya penyelamat buat .Feast untuk tidak bubar atau berpecah. Itulah hakikat di sebalik wujudnya album ketiga, Membangun & Menghancurkan yang membawa kumpulan dari Indonesia itu akhirnya perdana kali bertemu peminat di Malaysia lewat konsert solo.

Malah oleh kerana antusias peminat yang cukup luar biasa, konsert solo yang dibawakan Tapauasia Sdn itu berlansung di Zepp Kuala Lumpur selama dua malam iaitu pada 5 dan 6 Jun, sekaligus menjadi penutup kepada siri jelajah Membangun dqn Menghancurkan.

Persembahan pertama kumpulan yang dianggotai oleh Baskara Putra, Fadli Fikriawan, Adnan Satyanugraha dan Dicky Renanda pada malam tadi berlangsung cukup meriah seperti yang dijanjikan. Dan pada malam kedua iaitu malam ini, .Feast akan memastikan momentum persembahan mereka masih kekal ‘bangun’ bukannya ‘hancur’ di hadapan peminat yang digelar Kelelawar Malaysia.

“Kelalawar Malaysia sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti selain menunjukkan semangat komuniti peminat terbesar dan penyokong yang sangat kuat terhadap muzik kami.

"Walaupun peminat kami di Jakarta ramai, Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, adalah antara lokasi yang mempunyai kelompok peminat terbesar. Sebab itu kami pilih untuk menutup era Membangun dan Menghancurkan menerusi konsert di Malaysia,” ujar Fadli.

Terus berbicara mengenai album yang dinobatkan sebagai Album Rock Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2025, Baskara mengenang bagaimana Membangun & Menghancurkan memberi nyawa baharu kepada mereka yang sudah siap mengucapkan selamat tinggal di antara satu sama lain.

“Kami sebenarnya sangka album ini akan menjadi produk terakhir sebelum kami berpisah. Ia juga telah dihasilkan sekitar satu tahun sebelum benar-benar dipasarkan.

“Kami hampir bubarkan kumpulan. Ketika itu, sudah tiada lagi keserasian antara kami. Selepas 12 tahun bersama, keserasian itu seolah-olah hilang. Malah, saya rasa tempoh yang panjang bersama-sama itu sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan ketika itu.

“Ironi, album ini yang menyelamatkan kami,” ujar Baskara.

Malah filosofi yang diusung lewat ‘membangun & menghancurkan’ itu menjadikan .Feast sebuah kumpulan rock alternatif generasi baharu Indonesia yang cukup digilai peminat saat ini.

“Membangun & Menghancurkan itu seperti jika kami mahu membangunkan sesuatu yang baharu (selepas kurang menyerlah sejak 12 tahun bersama), kami perlu menghancurkan sesuatu untuk benar-benar ‘sembuh’.

“Jadi kami menghancurkan .Feast yang lama dan bangun .Feast yang baharu, yang lebih bermakna,” ujar mereka.

Dan lewat album dengan 15 lagu termasuk Tarot serta Nina ini, .Feast hampir tidak mempunyai rehat. Jadual panggung mereka penuh sehingga tanpa sedar ia memberi efek kesihatan terhadap Baskara.

Namun penyanyi itu memberi jaminan kesihatannya sudah berada pada tahap baik meski sempat disahkan doktor dirinya diambang maut.

“Bukan seorang tetapi lima doktor cakap saya bakal mati tapi saya masih hidup hingga kini. Tentang apa penyakitnya biarlah menjadi peribadi dan hanya diketahui keluarga.

“Apa yang penting saya stabil saat ini. Yang lainnya, biar Tuhan uruskan,” kata Baskara yang tampil energetik seperti biasa pada malam pertama persembahan.

Lebih dari itu, .Feast juga tetap bertahan meski menerima banyak ugutan kerana mesej yang menyentuh tentang suasana sosial politik di negara mereka secara eksplisit.

“Ada, memang ada malah lebih dari ugutan,” kata Baskara yang enggan mendedahkan ugutan yang diterima.

Namun .Feast optimis memberitahu di sebalik semua kesulitan yang dilalui, berbuah manis dengan penghargaan dan kini sibuk mengisi acara panggung di serata Asia termasuk Jepun, mereka tidak berasa terbeban.

Sebaliknya kata mereka: “Tidak terbeban, santai kerana objektif kami adalah melahirkan album yang baik untuk kami. Lainnya adalah bonus. Maka santai dan semangat sahaja.”

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement