Sekilas
- Klip drama Si Lembik tahun 1997 yang tular di Threads menampilkan Liyana Jasmay sebagai pelakon kanak-kanak mendapat perhatian netizen.
- Liyana dipuji kerana lakonannya yang bersahaja dan penuh penghayatan sejak kecil dalam klip tersebut.
- Netizen juga tertanya-tanya tentang kanak-kanak perempuan berbaju kuning dalam drama itu, yang kemudian dikenalpasti sebagai Wanie, bukan artis lain seperti yang disangka.
Baru-baru ini tular di platform Threads sepotong klip drama televisyen tempatan yang sangat popular pada tahun 1997 berjudul Si Lembik.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah pelakon kanak-kanak yang membintangi drama tersebut.
Rata-rata netizen tidak menyangka bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam drama itu adalah pelakon, Liyana Jasmay.
Klip berkenaan memperlihatkan lakonan bersahaja Liyana namun penuh penghayatan, membuatkan ramai memuji bakat semula jadi yang dimilikinya sejak kecil.
Tidak hanya Liyana, satu lagi karakter menjadi perhatian adalah watak kanak-kanak perempuan memakai baju kuning yang memegang watak sebagai rakan kepada Liyana Jasmay.
Netizen berkata kanak-kanak itu juga berjaya menghayati wataknya dengan baik dan meluahkan rasa ingin tahu mengenai perkembangan terbaharunya.
Bagaimanapun, teka-teki netizen terjawab apabila adik kepada kanak-kanak itu muncul dan memberikan sedikit kenyataan mengenai kakaknya.
“Si baju kuning tu lah kakak saya Wanie. Bukan Anne Ngasri, bukan Diana Danielle, bukan Sweet Qismina ya.
“Baca komen macam-macam cakap artis itu ini, semua tu bukann,” tulisnya.
