Ruangan komen di Instagram pelakon, Uqasha Senrose dipenuhi dengan komen pujukan daripada netizen selepas suaminya merayu agar tidak meninggalkan sebarang komen negatif kepada isterinya.
Menerusi pemerhatian Gempak, netizen cuba menyampaikan pesanan daripada Kamal Adli ketika ditemubual oleh media di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Selasa.
Netizen juga mendoakan dan berharap hubungan pasangan selebriti itu dapat diselamatkan.



Terdahulu, Kamal meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan komen negatif terhadap isterinya.
Malah, pelakon Dia Imamku itu turut menyeru agar netizen hanya menyebarkan perkara positif tentang isterinya di media sosial.
Aktor itu turut memohon maaf kepada isterinya serta keluarga mentua atas segala kesilapan yang berlaku dalam hubungan mereka.
Advertisement
Kes perceraian membabitkan pasangan ini ditangguhkan ke 19 November depan selepas Uqasha gagal hadir bersama peguam bagi meneruskan prosiding.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.