Sekilas
- Natasha Hudson selamat melahirkan anak lelaki kelimanya pada jam 1.15 petang Sabtu dengan berat 3.2kg.
- Ini adalah anak lelaki pertama Natasha selepas dikurniakan empat anak perempuan sebelum ini.
- Proses kelahiran berjalan lancar dan Natasha berkongsi rasa syukur serta menerima ucapan tahniah daripada netizen.
Tahniah buat pelakon, Natasha Hudson yang selamat melahirkan cahaya mata kelimanya pada jam 1.15 petang Sabtu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Natasha menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian yang dibuat, Natasha menganggap kelahiran cahaya mata lelaki itu sangat bermakna buatnya selepas dikurniakan empat anak perempuan sebelum ini.
“Alhamdulillah… Hari ini pada jam 1.15 petang, kami menyambut kelahiran bayi lelaki pertama kami ke dunia dengan berat 3.2kg.
“Selepas empat cahaya mata perempuan, kehadirannya membawa makna yang sangat besar buat kami,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, Natasha meluahkan rasa syukur apabila proses melahirkan dipermudah serta berjalan dengan lancar.
“Proses melahirkan juga berjalan dengan sangat lancar. Saya rasa bersyukur atas pengalaman ini.
“Satu rahmat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, hadiah terindah daripada Allah buat keluarga kami,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Natasha atas kelahiran kelimanya itu.
Untuk rekod, Natasha dan Jay Jasmin sah bergelar suami isteri pada 28 Mac 2022 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Kaia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.
Sumber: Instagram Natasha Hudson