Skip to main content

Viral

#GempakWeeklyEdition: Jadi Tumpuan Kerana Kemuliaan Hati, Abang Minyak Hitam Jalanan: “Bukan Saya Seorang Baik”

Astro Gempak abang Minyak

Sekilas

  • Mohd Yusof Mohd Noor atau Ucop, dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan, menggunakan kemahiran mekanik motosikalnya untuk membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan bayaran.
  • Video tular menunjukkan Ucop membantu Dicky, seorang bapa tunggal yang menghadapi kesempitan kewangan, dengan ikhlas menolak bayaran kerana mahu meringankan beban Dicky.
  • Usaha baik Ucop mendapat penghargaan ramai dan membuka peluang untuk beliau dan ibunya menunaikan umrah secara percuma sebagai ganjaran atas kebaikan dan keikhlasannya.

Penampilan lelaki dengan nama sebenar Mohd Yusof Mohd Noor ini cukup sederhana. Sehari-harian Yusof atau Ucop melakukan rutin sama - yang tidak mampu dilakukan oleh semua orang. Ucop seorang makenik. Tapi bukan makenik ‘cap ayam’ yang gunakan kepakaran membaiki motor untuk ‘repair’ ke jalan tidak berfaedah.

Ucop atau lebih sinonim dengan nama yang dipakai dalam platform media sosial, Abang Minyak Hitam Jalanan, menggunakan kepakarannya membaiki motor dengan cara tersendiri. Selain menjadikan pekerjaan makenik sebagai mata pencarian, di lapangan ini juga digunakan Ucop bukan hanya sedekah kudrat tetapi berbagi infak kepada golongan yang memerlukan.

“Bukan saya seorang baik, ramai lagi yang baik dalam Malaysia ini,” ujar Ucop dalam temu bual bersama TV Al Hijrah ; satu-satunya media massa yang menurutnya dipenuhi jemputan sejak tular kerana ibu tercinta peminat setia stesen televisyen tersebut.

Ya pada ketika ini, terutama dalam kalangan pengguna media sosial dan rakyat Malaysia yang mengambil tahu tentang perkembangan terkini di negara, Abang Minyak Hitam sedang duduk dalam piramid ‘orang biasa’ paling atas. Daripada orang berkempentingan, selebriti sehingga marhaen bercakap tentang kemuliaan hati Abang Minyak Hitam Jalanan.

Semuanya gara-gara tular video Ucop membantu Dicky ; bapa tunggal yang mengalami masalah kerosakan motor dan pada masa sama kesempitan wang. Babak yang terjadi sangat ringkas.

Ucop tidak mahu menerima bayaran di atas servis yang dilakukan selepas ternampak duit dalam akaun Dicky hanya ‘cukup-cukup’ makan. Lalu kepada Dicky kata Ucop, dia ikhlas dan servis selesai melalui duit infak yang diberi kepadanya. Dicky terharu menangis sambil berpelukan.

Babak seterusnya lebih menjentik hati rakyat Malaysia apabila Dicky yang berbangsa Cina itu tidak kurang besar empatinya. Setelah mendapat gift hasil siaran langsung di Tik Tok, sejumlah RM3,000 daripada RM5,000 sehingga RM6, 000 yang diperoleh mahu diinfak kembali kepada Ucop supaya boleh membantu lebih ramai orang.

Namun murninya usaha Dicky ditolak baik Ucop ; dengan alasan yang tak kurang menyentuh. “Guna ini utuk keluarga, awak ada anak, dengar cakap saya,” lebih kurang begitu ucap Ucop kepada Dicky selepas melakukan akad menerima infak dan memulangkannya kembali.

“Saya lakukan kerja ini sudah tujuh tahun tanpa minta balasan. Semua Tuhan telah aturkan. Bagi yang sedekah dan infak nampak kecil tapi besar sebenarnya. Terima kasih untuk semua,” katanya lagi merendah diri.

Daripada situasi ini, banyak pelajaran yang boleh direnungkan. Terutama tentang berkat menjadi orang baik. Tentang kepercayaan bersedekah mesti hanya hidup berkecukupan akan mendapat pulangan berganda ; tidak kisah dari segi kesihatan atau wang ringgit. Dan tentang memiliki empati adalah hal yang akan dapat menyelamatkan dan menyenangkan dunia.

Dan lihatlah, hanya kerana melakukan pekerjaan dengan setulus hati demi Allah SWT, mimpi ibu Ucop untuk menunaikan umrah Allah perkenan sekelip mata - percuma dua beranak itu akan berangkat ke tanah suci menjadi tetamu Allah, nanti.

Setelah memuliakan ibu, Ucop tidak lupa menghargai isteri. “Terima kasih doa semua orang, terutama isteri saya. Tanpa isteri saya tiada di sini,” kata lelaki yang kalau memakai perkataan generasi sekarang, tersangatlah ‘green flag’.

Apapun, penulis juga nak ucapkan terima kasih kepada Abang Minyak Hitam Jalanan. Anda menunjukkan bahawa empati, sikap sederhan dan paling penting yakin dengan rezeki Allah adalah sebaik-baik nikmat untuk menjalani hidup yang keras ini dengan sebaiknya. Semoga Ucop terus menjadi inspirasi buat kita semua - berbuat baik maka tiada satu kerugian pun akan Allah hantar mendekati kita. Sebaliknya, hanya dengan menjadi orang baik, rezeki dari seluruh alam akan bersama kita. 

Anda mungkin berminat dengan

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

【 House Slipper 】 Japanese Comfortable Sole Shower Slippers House Slippers Indoor Slipper Home Sandas 家用男女拖鞋

LANFY Nylon Universal Cable Tie Buckle-Heavy Duty Zip Ties Holder with Pin & Button Design Plastic Cable Ties Tool Fasteners Car Body

LANFY Nylon Universal Cable Tie Buckle-Heavy Duty Zip Ties Holder with Pin & Button Design Plastic Cable Ties Tool Fasteners Car Body

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

Must-Watch Video

Advertisement