Skip to main content

Hiburan

Nasihat Adam Corrie Untuk Kaum Hawa - “Jika Ada Masalah, Sebaiknya Elak Daripada DM Artis, Influencer Atau Ustaz Lelaki”

Adam Corrie

Sekilas

  • Adam Corrie menasihati wanita supaya tidak berkongsi masalah peribadi melalui mesej peribadi kepada selebriti, pempengaruh, atau ustaz lelaki.
  • Beliau menjelaskan lelaki bukan pihak sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi wanita walaupun niat hanya untuk berkongsi atau mendapatkan pandangan.
  • Adam menggalakkan wanita berkongsi cerita dengan rakan sejenis atau individu dipercayai demi mengelak risiko salah faham dan niat tidak baik di media sosial.

Pelakon Adam Corrie menasihati kaum wanita untuk tidak berkongsi masalah peribadi menerusi mesej peribadi kepada selebriti, pempengaruh atau ustaz lelaki.

 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Adam menjelaskan meskipun niat seseorang sekadar ingin berkongsi atau mendapatkan pandangan, golongan lelaki bukanlah pihak paling sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi wanita.

 

“Jika cik-cik/ puan-puan sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah. 

 

“Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian lain, Adam turut menekankan wanita sepatutnya berkongsi cerita dengan rakan sejenis atau individu dipercayai, lebih-lebih lagi dalam era media sosial yang penuh dengan pelbagai risiko.

 

“Lebih baik kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku. 

 

“Kita perlu lebih berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat yang tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan. 

 

“Orang ambil kesempatan pon ramai. Nasihat ini juga dituju khas untuk saya,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement