Skip to main content

Selebriti

“Nak Edit Macam Mana Bagi Lawa, Help” - Azza Elite ‘Throwback’ Foto Lama, Netizen Pula Sporting Tolong Bagi Cantik!

Azza elite gambar lama

Sekilas

  • Azza dari kumpulan Elite berkongsi foto lama yang ditemui semasa pulang ke kampung dan meminta bantuan netizen untuk mencantikkan gambar tersebut.
  • Perkongsian Azza di platform Threads mendapat pelbagai reaksi positif dengan netizen membantu menggunakan teknik suntingan gambar yang menarik.
  • Azza meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua yang membantu menceriakan harinya melalui suntingan gambar itu.

Anggota kumpulan Elite, Azza menarik perhatian netizen apabila berkongsi sekeping foto lama yang ditemuinya ketika pulang ke kampung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Azza atau mesra disapa Kakza mengakui berasa teruja apabila menemui semula foto lama itu.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama Azza meminta bantuan netizen untuk mencantikkan foto berkenaan.

“Korang balik kampung tengok gambar lama tak? Kakza jumpa ni.

“Macam mana nak bagi lawa gambar ni, cepat la adik, ini sahaja kenangan kakza.

“Nak edit macam mana bagi lawa, tolong saya edit ini, kita dah cuba tapi tak jadi sangat,” kongsinya.

Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya begitu ‘sporting’ membantu dengan teknik teknik suntingan gambar yang lebih menarik.

Dalam pada itu, Azza juga turut menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada netizen yang membantu mencantikkan gambar berkenaan.

“Kakza gembira sangat tau. Kamu semua menceriakan hari kakza . Terima kasih wahai semua orang baik.

“Ya Allah kurniakan lah kegembiraan dan khabar gembira buat semua insan insan baik ini yang telah menceriakan hati hamba Mu ini. Sayang semua,” coretnya.

Sumber: Threads @azzaelite


 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement