Pelakon, Nadzmi Adhwa memohon semua pihak agar memberi ruang dan masa buat isterinya untuk pulih sepenuhnya selepas pulang daripada misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF).
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Nadzmi menjelaskan bahawa dia menghargai keprihatinan orang ramai terhadap keadaan Ardell, namun buat masa ini pelakon berkenaan masih memerlukan rehat dari segi fizikal dan mental.
“Salam semua. Saya tahu ramai yang call contact dan amik berat sangat tentang Ardell. Nak dengar sendiri dari dia. Saya minta semua sabar dan tunggu Ardell betul betul sembuh fizikal dan mental ya. Kita sama sama doakan dan tunggu Ardell sembuh,” katanya
Nadzmi turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga, rakan-rakan dan pihak media yang terus mengambil berat tentang isterinya.
“Insyaallah Ardell will be back. Pada keluarga , wartawan dan kawan kawan minta maaf minta masa lagi ya 🤲🏻❤️ Ardell sayang semua dan menghargai semua. Semoga Allah merahamati kalian semua,” tambahnya.
Terdahulu, media melaporkan Ardell Aryana didakwa ditumbuk oleh tentera Israel sewaktu berada dalam tahanan Zionis.
Advertisement
Selain ditumbuk, Ardell juga mengalami kecederaan lain di bahagian bahunya.